Saturday, 5 January 2013

INGIN MENJADI MATANG ?

:) Assalamualaikum :)

Entry ke tiga untuk tahun 2013. K. Urmmm, tadi masa aku tengah sibuk mengemop lantai aku tetiba terfikir nak buat entry pasal matang ni. entah kenapa. aku mula fikir, sekarang aku dah on the way nak masuk 19, tapi perangai aku ? still macam budak - budak. Yayayaya. aku akui. perangai aku dari dulu sampai sekarang masih sama. kebudak-budakan. But now, i'm try to be more matured. :) Alhamdulillah aku berjaya lakukannya walaupun perubahan tu tak drastik mana. hehew.

Jadi, aku ambil keputusan untuk research apakah itu makna matang, dan bagaimana untuk menjadi matang. Kalau nak cerita makna matang ni, ekceli benda ni subjektif, definisi matang dalam setiap setiap individu itu berbeza. Pada aku, kita matang apabila kita mula memikirkan pasal keadaan dan perasaan dan juga situasi orang lain. Kita tak pentingkan diri sendiri dan kita selalu berfikir sebelum bertindak serta kita dapat bezakan yang mana baik yang mana jahat. plus, kita ada matlamat hidup kita sendiri dan kita nak capai matlamat tersebut. ada jugak yang muka matang, tapi perangai still budak - budak kan ? susah nak cerita pasal matang nih ekceli. definisi korang mengenai matang ? bagaimana ?

Ok, ni apa yang aku dapat cari dan apa yang aku boleh simpulkan macam mana nak menjadi matang berdasarkan situasi yang berada di sekeliling aku.


  • Ubah personaliti - which mean, ubah cara percakapan, ubah gaya berpakaian dan segala benda yang ada pada diri kita ni yang boleh di ubah. tapi pada aku, the mostly important is ubah cara percakapan. yaaa. setiap hari kita mesti akan dengar perkataan perkataan yang kurang enak di dengar. aku tahu korang tahu apakah antara perkataan itu kan either aku sendiri pun pernah cakap jugak. jadi pada aku, kita nak jadi matang, perlu ke cakap benda benda tak senonoh ? perlu ke cakap benda benda tak elok ? aku rasa tak. bukan rasa, memang tak matang pun. jadi konklusinya. berusaha untuk menjaga setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita. *pesanan untuk aku jugak.

  • Banyakkan membaca - Ini salah satu cara bagaimana kita boleh menjadi matang berdasarkan cara kita berfikir. Banyakkan membaca. yaaaa. banyakkan membaca. *cough. bahan bacaan tu tak kisah laa dari mana pun sumbernya, yang penting kita tahu dengan situasi yang berlaku di sekitar kita nih. nanti kalau ada yang bercerita, tak ada laa kita ni terpinga pinga. ataupun kita boleh jee mintak tolong pakcik google carikan bahan bahan yang boleh beri kita sedikit ilmu. tak kisah la pasal apa pun yang korang nak tau. kan ? sekurang kurangnya ilmu kita bertambah. sebenarnya bila aku berblog ni pun aku dapat menambah ilmu pengetahuan aku, sebab kalau aku nak buat entry mesti la aku kena research dulu kan ? jadi kat situ aku boleh dapat sikit info info yang aku tak tau. :)

  • Bergaul dengan orang yang matang - Cara ni aku rasa berguna, mungkin ? yaaa. aku rasa la. sebab, berdasarkan atas pengalaman aku sendiri. sebenarnya, aku menjadi lebih matang bila aku berada dengan kelompok ini. seriously. bila aku dengan kawan kawan rapat aku, terutama dengan sahabat Anggun, perangai aku akan berubah menjadi kebudak budakan. aku manja dan kadangkala gedik. sebab aku suka bila diorang manjakan aku. tetapi, bila aku berada jauh dari mereka, karakter aku akan berubah. haha. jadi prediksyen aku, orang orang di sekiling juga menpunyai pengaruh yang besar dalam menentukan ketidakmatangan kita. dah macam lalang pun ada gak. kejap matang kejap tak. tapi tu semua bergantung kepada individu bagaimana dorang handle tahap kematangan dorang.

  • Tahu tanggungjawab sebagai seorang Islam, seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar - Macam yang aku cakap masa awal awal tadi, kita matang apabila kita dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. jadi, sebagai seorang Islam, kita mesti patuh apa yang Allah dah perintahkan kan ? aku ni nak cerita pasal benda benda macam ni pun, bukan aku baik sangat, tapi sekurang kurangnya kita tak buat perkara yang tak elok dah la. sentiasa menasihati antara satu sama lain. Sebagai anak pulak, kita bertanggungjawab untuk tolong mak ayah kita bila dekat rumah. dah boleh fikir kan ? kesian dorang penat balik kerja, jadi tak salah kalau kita tolong masak ke kemas rumah ke. Sebagai seorang pelajar ? opekos la kita kena belajar. jangan duk main jee. bahagi la masa antara waktu main dengan waktu belajar. kalau belajar 24 jam pun tak boleh jugak. mau gilaa dibuatnya. aku nak bebel panjang pun korang sendiri tahu kan apa tanggungjawab yang korang kena buat.

  • Matangkan gaya penulisan - hahaha. yang ni aku suka. faham kan maksud aku ? nowadays, bahasa bahasa alien ni semakin berleluasa dengan rakusnya di sekeliling aku. dan sudah semestinya di sekeliling korang kan ? lagi lagi kalau bahasa sms. pehhh. aku memang tak boleh blah. dulu sebenarnya aku pun pakai ayat ringkas, tapi semenjak aku kawan dengan ex aku yang agak matang dan selalu guna ayat penuh bila bersms, aku pun terikut ikut. see ? bergaul dengan orang yang matang tu sangat mempengaruhi kita. ok, berbalik pada subtopik asal, pada aku la, kalau orang yang tulis shortform ni macam tak matang. *eh ? jangan bash aku pulak. haha. ni pandangan aku jee. kadang aku rasa macam nak tegur jee orang yang nak bersms/ berchat/ berwasap/ berkomen dengan aku kat pesbuk, sila guna penulisan yang matang. haha. mungkin kalau sms tu boleh terima, tapi ni dekat pesbuk ? takkan nak guna shortform jugak kot ? pehliss laa. haha. yang paling aku tak berkenan bila orang ni tukarkan 'O' kepada '0' nombor. sumpah aku tak paham kenapa. Obor - obor jadi 0b0r - 0b0r ? tak rasa kelakar ke ?

Haaa. itu jelaa beberapa tips yang boleh aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku dan sedikit research. kalau ada terlebih ke terkurang ke maaf la yee ? :) apa apapun, semuanya terletak di atas kehendak dan kemahuan kita sendiri. jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. buat perlahan lahan. insyaallah kita boleh. hehew.
p/s : aku memang sengaja buat tulisan warna warni, biar korang tak bosan baca entry nih. haha.

25 comments:

  1. good idea! :) follow me back kak! here--> www.iamtrying2becool.com

    ReplyDelete
  2. Great idea!! I like it because it is give me show in my life, tq,,

    ReplyDelete
  3. Good tips.. Thank You atas perkongsiannya ini. InsyaAllah perlahan-lahan mengubahnya.

    ReplyDelete
  4. how do i become more mature. My friends started to avoid me cuz i don't know lots of stuff like technology and updates or gossip. what tip do u recommend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No need to attract yr friends because of that stuff..you do it by yrself.. just ignore them.. sometimes orng zaman skrng ni mlebih lebih.. so i prefer kw..try jua la learn pasal technology untuk tambahkan kefahaman.. yang about gossip tu pula..cuba ko fikir..prkara tu gossip tu bole mmbuatkan ko matang atau tak

      Delete
    2. No need to attract yr friends because of that stuff..you do it by yrself.. just ignore them.. sometimes orng zaman skrng ni mlebih lebih.. so i prefer kw..try jua la learn pasal technology untuk tambahkan kefahaman.. yang about gossip tu pula..cuba ko fikir..prkara tu gossip tu bole mmbuatkan ko matang atau tak

      Delete
  5. Terima kasih..tips yg mudah difahami dengan penggunaan bahasa yang ringan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Saya ni orangnye cpat terase dgn kata2 org termasuk la jgk family saya,
    Kalau terasa je mesti mnangis, adakah itu dikira tak matang ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Saya ni orangnye cpat terase dgn kata2 org termasuk la jgk family saya,
    Kalau terasa je mesti mnangis, adakah itu dikira tak matang ?

    ReplyDelete
  8. Sye poon bru nk jdi matang...sye ni dh perngai matang..tpi kwan sye ckap sye ni x matang jugak...yg pasti kalau kite matang tngok suara die dan alqum..benda kat leher tuh...isyaallah kau psti berjaya..umur kite sma

    ReplyDelete
  9. Aku pon perlu jadi matang..... bergaul dgn org dewasa akan aku tujui

    ReplyDelete
  10. sy nak jadi matang.. but sy ni jenis pentingkan diri.. sy selalu nak apa yang sy buat betull.. Allahu.. sy ni jenis ego yg terlalu tinggi.. percakapan sy ni membuatkan ramai yanh benci sy.. termasuk dlm keluarga, rakan2.. dan sy ni xreti nak bezakan antara yang baik dan buruk.. bila sy buat ssuatu prkara, sy rasa diri sy betul.. sy jugak x pandai bercakap.. sy rasa sy xlayak hidup di permukaan bumi ini.. sy lamgsung x jaga hubungan sesama manusia.. sy selalu nak serius dalam semua perkara.. sy susah nak selitkan gurauan dlm sesuatu perkara.. kebanyak org yg kenal saya.. mula2 suke lama2 benci.. sy xtahu nak tebus dose sy.. sampaikan abg2 kakak2 dan makayah sy benci akan saya.. sekarang baru sy sedar kenapa diorg pinggirkan sy.. Allahu.. sy selalu nak sy sahaja sempurna manakala apa yg org buat tu xsempurna.. manusia apakah sy ni ya Allah.. seterusnya.. sy selalu riak dlm melakukan ssuatu pkerjaan.. sy selalu nak org puji apa yg sy buat.. selanjutnya.. sy ni bodoh sombong.. sy sukar untuk terima apa org nasihatkan kpd sy.. tolonglah sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. We are same... aku pun selalu ego tinggi.. tak ingat kawan..selalu nak tarik perhatian perempuan walaupun tak dapat.. honestly.. perangai ego ni dapat diketepikan.. kalau kita menginsafi diri sndiri..amalkan sifat tawaduk (mrendah diri)..and then kurangkan bckp kadang kadang mulut kita ni jahat sikit.. bagus diam daripada menyakiti hati orang trsebut.. kalau boleh contohla time buat pkerjaan tu kau mula bfikir.. ooh aq dtng bkerja ni untuk masa dpn aku.. untuk ibu bapa aku .. menampung duit untuk family aku dengan mencari rezeki yang halal.. mcm tu la kalau kematangan tu bole triggered

      Delete
    2. We are same... aku pun selalu ego tinggi.. tak ingat kawan..selalu nak tarik perhatian perempuan walaupun tak dapat.. honestly.. perangai ego ni dapat diketepikan.. kalau kita menginsafi diri sndiri..amalkan sifat tawaduk (mrendah diri)..and then kurangkan bckp kadang kadang mulut kita ni jahat sikit.. bagus diam daripada menyakiti hati orang trsebut.. kalau boleh contohla time buat pkerjaan tu kau mula bfikir.. ooh aq dtng bkerja ni untuk masa dpn aku.. untuk ibu bapa aku .. menampung duit untuk family aku dengan mencari rezeki yang halal.. mcm tu la kalau kematangan tu bole triggered

      Delete
  11. Saya betul-betul nak matang. Bila saya baca blog nisaya terus berazam untuk matang bila tahun 6tahun DPN. Thanks for tips!!!

    ReplyDelete
  12. Tips yg bergunaa terbaikkkkk

    ReplyDelete
  13. Thnks , tips yg sangat berguna

    ReplyDelete
  14. Tapi la kan kalau aku nak ubah perangai matang aku tu, dia still tak boleh cuba banyak kali kot. But orang tak pernah nak nampak gaya aku ni matang.dorang cakap muka aku macam budak-budak .Dah tu nak buat macam mana muka aku dah memang macam ni .Dorang ni nak suruh aku buat plastic surgery agaknya baru puas hati kot.ehh sorry termarah pulak. Btw ,thanks for the good tips .

    ReplyDelete
  15. Saya nak matang tapi susah

    ReplyDelete
  16. Thankyou for ur tips! Aku selalu fikir yang aku ni tk matang bila borak ngn kawan aku. Like, aku tk reti nk borak ngn diorg. Time borak, most of the time aku diam je. Lepastu aku un cepat terasa and then nangis. Fam aku kata aku tak matang sebab sikit ii nak nangis. Insya'allah, aku akan try nk jdi matang lepasni , again thanks to ur tips!

    ReplyDelete
  17. thanks kakak! btw,umur kakak sama mcm umur kk pertama saya lah...haha

    ReplyDelete
  18. aku cuba nak fikir macam orang tua tapi still jugak tkboleh kenapa?disebabkan aku takboleh fikir macam orang tua boyfriend aku tinggal aku..Aku perlua masa untuk ni tapi dia cakap sampai bila nak jadi mcm ni.sumpah Aku sedih dgn diri Aku

    ReplyDelete
  19. Yela aku ni search cara nk jadi matang sedangkan aku umur 12 yg dh keluar... Ha faham² lah lgipula aku ni asik carut je nk lh juga ubah siak ubah percakapan

    ReplyDelete