Assalamualaikum.. :)
Well..holla..jumpa lagi kita di sini..well again..hari ni aku tak nak celoteh panjang sangat..hurmm..
Berbalik kepada heading..4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA..
Ehem..seram tak bunyi dia ?? opkos lah kan ??
Ingat senang nak jadi lelaki ?? serba-serbi kena soal masa kat akhirat nanti..lelaki tanggungjawab dia besar..kena bimbing kaum hawa yang lemah ni..tak kira la kaum hawa tuh siapa..mak kau ke..nenek kau ke..adik / kakak perempuan kau ke..kalau mereka-mereka tak dapat bimbingan yang sepatutnya dan kalau korang yang lelaki ni tak bertanggungjawab ke atas mereka..Maka..kaum-kaum hawa ni la..yang akan menarik kalian bersama-sama menuju ke neraka..
Titibe aku rasa nak nak kongsi pasal isu keagamaan pulak..yelah..asyik pasal love eww~ eww~ yang damn tuh je..bosan la siot..tadi aku search google..pastuh tetibe..Allah bagi idea kat aku suruh tulis pasal benda nih..
Jujur lah..aku tak berapa pandai sangat nak buat entry pasal bab-bab agama ni :)
Jadi aku edit sikit-sikit ape yang orang google tu tulis..pastuh aku create sikit-sikit ayat aku..
Maka..jadilah ia seperti di bawah..
check it out.. :)
AYAH
Bila kalian orang lelaki dah jadi seorang bapak..tetapi sayang..kalian tidak mempedulikan anak-anak wanita perempuan kalian..tidak memberikan segala keperluan agama yang sepatutnya..seperti mengajarkan mereka solat, mengaji, membiarkan anak-anak wanita gadis mereka yang comel-comel itu membuka aurat, mendedahkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya..maka dengan ini..para-para pinggan ayah, abah, abi dan yang sama waktu dengannya..mereka semua akan ditarik ke neraka bersama anak-anak perempuan mereka..jadi lelaki ?? pastikan bakal anak-anak gadis anda dididik dengan sempurna..
SUAMI
Apabila si isteri bergaul bebas di luar rumah tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, apabila si isteri berhias diri, berdandan secantik mungkin bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki yang bukan mahram..dan malang sekali..sang suami terlalu dayus untuk memejamkan mata apa yang si isteri lakukan..maka..akan ditariklah si suami oleh si isteri bersama-sama menuju ke neraka..Walaupun si suami seorang yang alim..itu tidak dapat menjamin mereka masuk ke syurga jika mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri-isteri mereka..
ABANG-ABANGNYA
Tanggunjawab menjaga maruah akan bertukar tangan kepada abang-abang si perempuan apabila ayah sudah meninggal dunia..Tetapi..jika mereka mengabaikan adik perempuannya dengan membiarkan mereka terus tersesat ke arah kegelapan dengan hanya mementingkan keluarganya sahaja..maka dengan ini..kalian sang abang a.k.a sang lelaki..bersiap sedia sahaja menunggu tarikan adik perempuan kalian menarik kalian ke neraka bersama mereka..
ANAK LELAKI
Maka dengan ini akan ke neraka lah si anak lelaki tersebut bersama ibu mereka sekiranya si anak lelaki ini tidak menasihati sang ibu atau sang emak atau sang ummi atau sang mami atau segala macam sang dengan perkara yang menyalahi agama..bila ibu mereka mengumpat atau mengata atau melakukan perkara yang salah disisi agama..maka anak itu akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..
Ehem..betapa hebatnya tarikan wanita ini bukan sahaja di dunia ya..malahan juga di akhirat..tarikan mereka juga begitu hebat..maka dengan ini..kepada sesiapa yang bergelar lelaki..mainkan peranan anda dengan penuh rasa tanggungjawab.. :)