Friday 29 November 2013

KETERUJAAN OVERLIMIT

Assalamualaikum.

Malam yang indah sambil menghirup bau ketenangan. psst psst. kite dah habis semua exam. wahh, keterujaan overlimit nya. sama tak dengan tajuk entry ? hahaha. well, Alhamdulillah. telah selesai perjuangan aku sebagai seorang pelajar Pra-Universiti selama satu tahun setengah ini. maka, selamat tinggal lah alam persekolahan. :)

Seriusly, yaa. sudah pasti aku akan merindui semua kenangan yang pernah aku lalui pada zaman tersebut. gelak ketawa, suka duka, menangis terluka dimarah didenda dan berbagai lagi perasaan yang pernah terbit. bersama rakan seperjuangan. sama sama bergandingan mencapai bintang menuju kejayaan. segala penat lelah. berusaha menelaah. dan jerit perihh yang ditanggung bersama untuk ke garisan penamat ini.

Begitu juga dengan guru-guru yang banyak bersama. umpama ibu dan ayah semasa di sekolah untuk kami menumpang kasih. sentiasa membimbing tak kira masa. sentiasa membantu tidak berkira. selalu bersama tak peduli waktu dan ketika. dengan harapan yang tinggi, semoga, anak anaknya ini dapat mengutip ilmu sebanyak mungkin dan dapat menjejakkan kaki ke universiti. terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ibu dan ayahku yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. terima kasih atas ilmu yang diberi. terima kasih atas dendaan, nasihat, marahan *marahan ? ada ke ? -.- dan juga kasih sayang yang diberi sepanjang bersama dengan kami.

Tidak dilupakan, kerusi dan meja yang banyak berbakti. menjadi tempat duduk kami untuk kami menelaah pelajaran. ohh yaa, kepada papan hitam yang banyak dicontengkan dengan ilmu, lampu yang menerangkan kami ketika kami berada dalam kegelapan, kipas yang menyejukkan kami ketika kami kepanasan. dihargai juga makcik dan pakcik cleaner sekolah. yang comel-comel belaka. sentiasa membersihkan dan mengindahkan kawasan blok tingkatan enam. pakcik guard yang selalu mengusik dan menyakat kami. *terutamnya aku. brrrr. ade ke patut dikatanya aku ni salah masuk form. patutnya aku bukan form six tp form 1. hamboi pakcik nih. macam comel je perangai. tapi tidak mengapa, dengan gurauan itulah yang membuatkan kami rapat dengan pakcik guard. lagi-lagi pakcik Rahim. sebab dia memang suka sakat aku. dan aku pun senang dan selesa berbual dengan dia. okey, teruskan bermadah..........

Ohhh yee. begitulahh kiranya dengan koperasi sekolah yang selalu membekalkan produk makanan yang menepati citarasa kami. topwafer, biskut lexus, air vintage *vintage ? lupe nama air tu, cocopie, air tin, air mineral, dan sebagainya. namun, yang paling utama sudah pasti aiskrim tropicana pilihan ramai disebabkan harganya yang semurah RM1. Kehadapn sedikit, terima kasih juga diucapkan kepada makcik makcik kantin sekolah yang selalu memberikan pelbagai jenis makanan yang menarik dan tertarik untuk dihidangkan. *selfie bolehh laaa. dewan permata, bilik seminar haaa. ape lagi. kalau boleh semua kau nak masukkan.

Terakhirnya juga, sudah pasti kenangan baju baju sekolah yang telah disarungkan ke badan ini. berbaju biru uniform rasmi, berbaju oren uniform rasmi (setelah dilantik menjadi pengawas yang berwibawa. cough), berbaju pengakap setiap hari rabu, berbaju T-shirt biru MPP dan juga berbaju korperat berwarna pink. tidak ketinggalan baju batik yang sentiasakan digayakan pada setiap hari khamis. semua itu akan menjadi ingatan di dalam kotak minda ku.
taraaaaaa. nilaa baju bajunyaa.:3










Selamat tinggal dunia persekolahan. selamat datang dunia luar. hahhhhh. bermadah ala-ala novelis gitu kannn.  mohon agensi novelis panggil aku untuk hasilkan sebuah novel yang mampu diangkat martabatnya. kemain. sedap jugak penggunaan ayat untuk entry kali nih. nampaknya entry kali ini agak keterlaluan yee panjangnya. jadi kita akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-As. *bersambung di entry seterusnya. tunggguuu. hakhak. da macam cerita bersiri. ok boiii. :*

Thursday 14 November 2013

SEMESTER 3

Assalamualaikum. 

Kemain dah lama tak menghapdet belog nih. busysssss laaa katakan. phew. *flip tudung* ehh, tapi memang busy apa. student kan. mesti laa berkejar kesana kemari dengan aktiviti sekolah. nak setadi lagi. hihi. tapi alhamdulillah. harini. 14 Nov 2013 paper sejarah. aku berjaya melepasi rintangan yang pertama iaitu pepeperiksaan semester ke-3. pheww. berpeluh jugak laa. sekarang ni. aku tawakal jee. what ever happen just smile. at least aku dah berusaha kan. even aku sebenarnya kecewa dengan persembahan yang aku berikan di atas ke empat empat kertas jawapan tersebut. *amboi ayat* tapi paling terkilan paper BM. seriusly.

 Hello. 8 markah aku hilang cemtu je k. aku pun tak tau kenapa waktu BM tuh susah sangat idea nak keuar. maybe. ada kot dosa aku sebelum jawab paper tuh. mungkin laa. tapi takpe laa. dah jawab kan. nak nangis pun tak guna. sekang nih aku memang pegang betul-betul dengan kekuatan doa. aku harap sangat penanda kertas yang bakal tanda kertas aku nanti diberi kelembutan hati dan diberi kelapangan dada serta bertolak ansur dalam memberi markah yang terbaik untuk semua kertas aku. amin.

Sekarang ni, terus maju dan fokus ke hadapan dengan paper paper repeat pulak yee. paper paper. k. paper paper. 5 paper. what the cat yang aku boleh ambik sebanyak tuh ? cehh dulu masa mumula nak repeat takpe takpe. aku boleh. skang, bila dah nak exam. apesal laa aku amek banyak sangat repeat paper nih. bajet baca jee. phewww. tapi. dah terambik kan. buat jee laa. takpela, gap antara paper pun jauh jgk. so, kalau nak pulun habis habis tu boleh kot. kot laaa. *krik krik* siwiyes jugak yang aku tak sabar nak habiskan semua paper. so, aku boleh laa secara officialnya memerdekakan diri aku. mihmih. 

Papepun, pada sesapa yang tengah menduduki final exam. aku doakan korang dapat jawab yang terbaik k. ;) doakan aku jugak. :)

Bismillhirahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah Khairunnisa Amani binti Khairudin kejayaan yang cemerlang dengan mendapat 4A di dalam STPM semester ketiga ini dan juga mendapat A untuk kertas ulangan semester 1 dan 2. Kau lembutkan lah hati penanda kertas yang bakal menanda kertas Khairunnisa Amani binti Khairudin ini agar penanda kertas tersebut diberi kelapangan dada, kelembutan hati dan diberi keceriaan semasa menanda agar penanda kertas tersebut dapat bertolak ansur dalam memberikan markah yang terbaik untuk Khairunnisa Amani binti Khairudin, dan Kau tempatkanlah Khairunnisa Amani di universiti ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.