Tuesday 31 December 2013

IRI, POSITIF DAN KEHIDUPAN


And hai, ohh. harini dah masuk 01.01.2014 bersamaan *jap tengok kalendar*  29 Safar 1435H. ok. so today aku dah 20 tahun. not officialy laa. *kau rasa betul ke eja dia macam tuh?* dan sudah pasti cabaran untuk aku tempuh dunia luar tuh sangat luas. kau tahu, aku rasa mungkin aku perlukan sedikit perubahan. more matured in future. yaa. dan, jangan iri hati dengan kelebihan orang lain? aku rasa tu masalah terbesar aku. jujur ku akui. aku sangat jeles dengan orang yang dia macam ada banyak kelebihan dalam life dia.


Walaupun benda tuh benda kecik. contohnya, dia disenangi kawan-kawan dia, cikgu dia dan menjadi perhatian ramai. dia dapat apa sahaja yang dia nak. dia ada sedikit kelebihan iaitu pandai ambil hati orang lain. dia ada best friend forever dan sebagainya. benda tu sangat simple untuk dijeleskan. aku dah cuba buang perasaan tuh. tapi, rasa iri hati a.k.a jeles tuh akan datang sendiri dalam jiwa aku. padahal aku tak mintak pun.


Ada yang kata, kadang kala iri hati atau cemburu atau jeles nih perlu dalam kehidupan kita supaya kita dapat meningkatkan diri kita supaya lebih baik dan dapat bersaing dengan orang lain. tapi kalau perasaan tuh melampau-lampau macam mana ? sampai menimbulkan rasa bermusuhan dan rasa tak suka dengan orang tersebut dengan kelebihan yang dia ada tuh. haaa, acane. *aku lettew* -.- nauzubillah. sudah pasti benda tu bukanlah perkara yang baik untuk terus aku amalkan.


Yaaa, takdir kita berbeza. Allah dah aturkannya dengan serapi dan seindah mungkin. dia ada kelebihan dari segi ini tetapi sayang dia juga punya kekurangan dari segi itu. kita sama tiada beza. kecuali amalan dan iman sahaja yang dapat membezakan kita. aku selalu jugak ingatkan diri aku. nanti, aku Allah akan bagi jugak apa yang kau nak. sooner or later atau mungkin Dia tak bagi, tapi Dia hadiahkan yang super terbaik untuk kau. just doa. tapi kekadang aku rasa macam. ishhhh, kenapa laa aku tak jadi macam dia. huh. kau tau rasa dia macam mana ? worst. 


Cuma sekarang, aku masih lagi mencari macam mana nak hilangkan sifat aku yang jelek tuh dalam diri. atau mungkin aku perlu lebih positif ? berbangga dengan diri sendiri tanpa perlu menjadi orang lain. barangkali. tunjukkan kelebihan yang kau ada. manfaatkan kelebihan yang kau ada. dan berbanggalah dengan kelebihan yang kau ada. karna, semua itu pemberian dari Pencipta. tiba masa, ianya akan dikembalikan jua. ^_^


Ohh yaa.aku rasa aku pun macam dah tulis entry ni sebelum nih. tapi takpelah. ini just apa yang aku rasa sekarang. hidup umpama roda. sekejap di atas sekejap di bawah. jadi, nikmatinya. permainan dunia :)


3 PERKARA ASAS YANG KORANG SELALU NAMPAK BILA TAHUN BARU TIBA DI LAMAN SOSIAL.


Dan bertemu kembali. Well, dah lama aku tak singgah sini. you know what aku rasa malas gila nak menghapdet. Harini baru ada mood. Kebetulan sangat, dah nak masuk Tahun Baru. elok kiranya aku buat entry baru. Lagi beberapa jam sahaja lagi angka 3 angka ditukar kepada angka 4. kau tahu apa maksudnya ? maksudnya, kita semakin tua, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui dan yang paling penting kita semakin menghampiri mati. hmmmmm.

2014. ini bermakna. aku menjadi semakin dewasa. kau tahu lagi sekali. aku dah masuk 20 tahun. dah takda angka 1 lagi kat depan. dan opekos benda tu buat aku rasa macam excited, macam gumbira, macam blur dan bermacam lagi perasaan. tak sangka aku masih lagi hidup. cabaran semakin terbentang luas. dan aku kena siap sedia untuk hadapinya. kemain.



Korang dah membazir 3 minit 05 saat baca intro yang panjang abadi tuh. ok, sebenarnya nak cerita yang hini haa. kah! well, sure korang perasan, akan ada benda common yang kita lihat bila New Year tiba. yeee. tiga asas utama. well said, kat laman sosial dah berlambak. kengkadang annoy jugak. tapi sebenarnya aku pun buat kot. hiks.  aku syak korang tahu tiga asas tuh.

1. LAWAK NEW YEAR YANG. . .(CENSORED)

Benda nih dah berkurun kot aku rasa. setiap kali New Year masuk. lawak ni jugak laa yang dibawa ketengah. 
'' Jangan masuk tandas pukul 11.59 malam, sebab kau akan keluar pada tahun hadapan. ''
'' Jangan riplai chat Bf atau Gf lepas  31/12/2013 jam 11.59 malam. Nanti dia bebel : saya chat awak tahun lepas, tahun ni baru awak nak riplai? ''
Kau tahu ? lawak nih dah tak relevan lagi. dah 2014 dan kau masih guna lawak jamban nih lagi ? ohhh, kemon. dulu mungkin laa yee. tapi sekarang dah macam annoying kau tahu tak ? please laa. 
bak kata @juhunrujuluwuk [ '' Masuk tandas tahun 2013, keluar tahun 2014 ''. Percayalah, malam ni akan ada punchline ni. ]  yaaa. ianya memang sahih lagi benar abadi. bersepah dekat twitter dan facebook. 



2. AZAM TAHUN BARU

Kau akan nampak ramai gila yang update azam sungguh-sungguh nih, supaya tahun baru yang akan datang akan diberi sinar bahagia yang terang lagi menerangi. tapi, majoriti daripada mereka masih belum lagi tunaikan azam mereka untuk tahun-tahun yang sudah. termasuklah dengan aku. kah! tapi aku rasa, setiap kali New Year. aku masih sama macam nih. tahun je berubah. tapi perangai tak berubah.

3. BATCH94 SIBUK DENGAN ANGKA DUA

Yaaa, sudah pasti aku jua begitu excited. aku syak setiap kali batch yang umur dia dah tukar dari angka 1 dihapadan menjadi angka 2 konpom excited. macam batch-batch yang sudah. tahun nih giliran batch94 pulak yang excited dengan angka 2 tuh. macam macam perasan ada. umur semakin meningkat. gaya dan pemikiran pun mesti kena lebih matang. dah dewasa kate kooo. gilaa tak excited. dah 19 tahun pegang angka 1 kat depan. ni dah dapat angka 2, kira macam jakun sikit laaa. hiks. 



Yeee. begitulah adanya warna warni tahun 2014 nih. aku masih seperti ini. umur hanya angka, tetapi aku masih gigih kekalkan ke-awet-muda-an aku. kah! apa-apa pun. SELAMAT TAHUN BARU kepada semua. Catat laa coretan 2014 ini dengan sebaiknya yang boleh dijadikan memori  terindah untuk diingati. kemainn kau ayat. 
Ohh yeee, ini hanyalah pendapat aku semata. kalau korang jumpa benda benda lain yang biasa bagi korang tuh. so, korang boleh anggap ianya benda biasa berlaku bila Tahun Baru tiba. hapebenda bm aku nih. okbai.



Wednesday 25 December 2013

JUDGE ME ? SORRY, YR TOTALLY WRONG.


Pernah tak awak dan kalian semua berada dalam situasi macam ni, ataupun lebih kurang begini.

A : '' Kau tengok tuhh. minah tu sombong gilaa sehh. Senyum pun tak nak ''
B : '' Mana kau tahu ? ''
A : '' Tengok muka pun dah tahu. Kerek nak mampos. Senyum pun tak nak. Muka nak tegeng jek. Macam la lawa sangat. ''
 *tibe tibe nampak C kawan kepada A dan B tegur minah tuh. kelihatan mesra sekali. bertepuk tampar      bermesra ria. lalu datang pula si C kepada A dan B kerana dah terserempak.
A : '' C, kau kenal budak tuh ? ''
C : '' Kenal laa, budak kelab aku laa. peramah budaknya. kenapa ? ''
B : '' A kata budak tuh sombong. Muka nak kerek jee. ''
: '' Ohh. Haha. Takdelah. Dia okey. try kawan. Kau akan nampak sudut dia yang lain. Dia tuh otak gila-gila. Muka dia memang macam tuh. Tapi kalau dah kenal. Asyik nak ketawa jee nanti dengan dia. ''
A & B : " Ohhhhhhhhhh. ''

Okk. mungkin cerita aku agak keterlaluan panjangnya dan sangat cliche abadi. -.- tapi lebih kurang begitu laa. kita selalu tafsir orang melalui pandangan pertama. kalau tengok muka orang tu nampak MACAM sombong. terus kita label dia sombong. padahal, dia tak delah macam tu pun perangainya. kita cakap macam tu sebab kita tak kenal dia luar dalam lagi. yaaa. sama macam aku. ramai kata aku muka sombong. dan kadang kadang nampak muka sedih. T.T sebab satu jee. aku memang tak pandai nak senyum kat orang. mungkin laa. aku pemalu. yaaaaaaaa. tapi, kalau dah bebetul kenal aku. kau orang akan tengok aku dari satu sudut pandangan yang berbeza.



Bukan tuh je. banyak lagi sebenarnya, contoh macam. kita tengok dari gerak gaya. dia nih macam tak pandai buat kerja. atau tak layak nak sandang jawatan yang dia dapat. padahal kita tak tahu lagi kerja dia macam mana. dan dari situ kita ragu ragu dan kurang yakin dengan kebolehan dia. sekali bila tengok hasil dia, ok ianya sangat mengkagumkan dan kebabomm. situasi itu biasa sangat kan. of kos benda ni selalu sangat ada dekat sekeliling kita. nak cite kena buat 4 entry karang. *mata keatas tangan kedada*



Hmmm. kita nak ubah persepsi orang tuh memang agak sukar. sebab kita sendiri pun tak tahu isi hati orang ni macam mana kan. tapi, kita boleh ubah dengan melalui cara kita sendiri. yelaa. sape lagi nak ubah kalau kita tak nak ubah kan. basic asas. senyum. yaa. mungkin dengan banyakkan senyuman tapi tidak la 24 jam sehari dan tanpa hala tuju senyuman anda itu. senyum bila perlu. dan anda rasa begitu hebat. puihh. -.-



Manusia memang suka ambil pandangan pertama dia terhadap seseorang sebagai pandangan yang paling tepat dan sahih tanpa mengetahui karakter sebenar seseorang itu.

Well, don't judge a book by its cover. 








Monday 23 December 2013

TUTORIAL : CARA NAK TUKAR ALAMAT EMAIL DI BLOG DARI '' YAHOO '' KE '' GMAIL '' (COPY ATAS COPY)


And hai ppl. well, harini aku nak ajar korang macam mana nak tukar email yahoo korang ke email gmail on blog. ceh, bajet jee. padahal copy paste dari orang jugak. kira ni first time tutorial yang aku buat sendiri tanpa menggnakan pertolongan adik aku. yaaa, at least aku patut berbangga dengan diri sendiri. cough. aku memang dah lama nak tukar. tapi aku tak tau mcm mana, jadi, aku baru teringat. apa guna google. bila godek, ohh, ada rupanya cara on how make a chance on email. *hapebenda bi aku ni. kira nak mudahkan aku. guna satu email je, tapi boleh buat blog, boleh dapat mesej email and else. lagipun email yahoo aku yang lama tuh nickname sgt eww. ohh, pehlis. nampak gila tak matang. sekarang nih. aku hanya guna email gmail je. so, kalau nak berurusan apa-apa dengan aku boleh contact guna alamat gmail. kah! theamani94@gmail.com. what a naisss name. :)

Bajett gilaa panjang intro, ok. tanpa membuang masa. jom kita tengok langkah langkah untuk kita tukar alamat email blog yahoo ke gmail. ohhh, lupa. kredit kepada this blog sebab aku dah guna buat blog ni untuk buat tutor nih. ni pun copy atas copy jugak. kah! btw, thanks. :) dapat pahala orang nih sebab sebarkan ilmu yang baik.

1. Create akaun gmail
First, create akaun gmail. kalau dah ada boleh ikuti langkah seterusnya.

2. Sign in blog macam biasa (guna email Yahoo-contohnya)
Pergi settings > Permissions > klik Add Authors > masukkan email gmail > klik Invite

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis '' To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here ''. Jangan takut, klik saja '' here '' dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula (Yahoo-contohnya)

5. Pergi ke Settings > Pemissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.  

Dann, teraaaa. inilah hasilnya. berjaya ? alhamdulillah. masa nak buat ni kena yakin. dan baca basmallah dulu. jadi kalau rasa kenapa macam tak jadi and rasa nak memaki tuh istighfar bebanyak. *macam aku laa. tak dapat je nak memaki, hakk. hehe. itu sahaja perkongsian aku pada hari ini. harap-harap dapat memberi manfaat kepada kita semua. :)

Kredit to kak Kay SBK dan kak Iha Zaliha on this tutorial (copy atas copy) kikiki. ohh, kalau rasa nak share tutor ni, boleh laa kreditkan nama aku sekali. sekali boleh promote blog aku jugak hikk. :)


Sunday 22 December 2013

TAK BOLEH TENGOK ORANG LAIN LEBIH LAH DIA NI !!


Wahhhh. teraaaa ~ hebat tak ' Assalamualaikum ' aku ? cantik kan ? and of kos, perasan tak blog aku dah bertukar warna ? cantik bukan ? semestinya. yaaa. kredit kepada blogger-blogger terkenal yang dah bagi tutorial macam mana nak cantikkan blog dan kredit kepada adik kesayangan lagi tercinta yang tolong make over blog aku ni menjadi blog yang gojes dan osem. upahnya ? sudah tentu lah ciuman yang penuh dengan ikhlas dan kasih sayang sebanyak 5 kali disetiap pipi kanan dan kiri. *malangnya, adik aku yang cantik tuh (selfie) tak nak terima ciuman tersebut dari aku. sobs. :'(



Okey, hari ni baru aku nak update. sebab aku tiada idea nak keluarkan entry apa. tapi lepas aku dah berjaya make overkan blog aku ni, (konon aku yang buat) baru laa tercetusnya ilham. masa aku tengah edit edit blog nih, of kos laa kena BW dekat blog orang lain kan. lagi-lagi blog-blog yang memang dah sediakan tutorial on how to make a gojes blog like mine. *terabur enggelishhh. jadi, dekat situ. memang rambang mata. tengok blog ni, eh cantik. nak blog macam dia. tengok blog tu, eh menawan. nak blog macam dia. and blablabla. tapi paling sadis tengok blog adik aku. ehh, how come she can make an osem blog. very naisss. ok, i'm totally jelesssssss. Aida! buatkan blog aku cantik macam blog kau, and if can, lebih cantik dari blog kau.


So, the part is, nampak tak kat situ yang aku ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari aku ? HAHA. -.- atau mungkin, boleh juga diklasifikasikan sebagai sifat hasad dengki. yeeee, hasad dengki. hasad dengki is, satu perasaan yang membuatkan kita rasa nak perfect dan nak lebih baik dari orang, and kita memang tak boleh nak tengok orang lain lebih. bila kita nampak ada yang lebih dari kita, mesti kita nak lawan dia atau nak setanding dia malah lebih dari itu. sebab benda tu akan menjadi kepuasan pada kita.



Well, ada baik buruk jugak kalau kita ada perasaan hasad tuh. ehh, jap. tapi aku konfius laa sama ada perasaan hasad dengki dengan perasaan tak boleh tengok orang lain lebih dari dia tuh sama ke tak. tapi aku rasa lebih kurang laa. adik beradik tak seibu. mungkin laa. kadang, benda tu boleh jee ada wujud sikit dalam hati kita, asalkan ianya tak memudaratkan, dan ianya hanyalah bertujuan untuk memajukan dan meningkatkan kualiti prestasi diri kita. simple example. pelajaran. kita dengki tengok kawan kita dapat best student kat sekolah. senang cerita jeles laa semua cikgu pandang dia je sebab dia boleh bawa harapan pada sekolah. sedangakan kita ni tak kurang hebatnya. 



Jadi kita tekad, untuk bersusaha supaya dapat naik martabat sama tinggi dengan orang tersebut. buat laa preparation pa suma. stadi lebih sikit kaa apa kaa. and the last kita berjaya dapat capai ke target yang kita mahu malah mungkin lebih dari orang yang kita hasadkan tuh. tu benda bagus. sebab kita lawan diri kita untuk ke arah kebaikan. tapi yang tak bagus dia, bila kita mula timbul rasa bangga diri. haa, itu salah. balik pada niat kita semula, kenapa kita nak berada dekat tempat yang kita dah berjaya capai tuh. adakah sebab inginkan pujian dari manusia atau sebab nak cabar kemampuan diri sendiri. tapi sebenarnya, benda tu pun sedikit sebanyak mesti ada tercait sikit dalam hati kita kan.



Macam aku laa, aku tengok blog cantik jee, haa nak macam dia laa itu la ini laa. sebab aku pun jenis tak boleh tengok orang lain lebih dari aku. tapi, bila aku dah berjaya buat benda nih, ianya menjadi kepuasan buat aku sebab tengok blog sendiri cantik. masalah jugak dengan penyakit nih kan. tak silap aku masa belajar syariah dulu, hasad ni merupakan salah satu daripada syirik kecil atau khafi. anak anak dia yang lain is ujub (hairan dengan kelebihan diri) , riak (berbangga diri) , dan takkabur (menunjuk-nunjuk). ok, its not good to have the feel. tapi manusia. mesti semua orang pernah rasa macam tuh, even kadang kita tak sedar pun ada perasaan tuh dalam diri.

Nak ubah boleh, slow slow laa. aku ni pun entah laa. pernah jugak terfikir, tapi nanti kadang benda tuh datang sendiri. mungkin ambil masa barangkali. but, the point is, benda nih, sebenarnya lebih pada keburukan kot. tapi kalau kita pandai balancekan, InsyaAllah, there's nothing to be worries. asalkan niat kita Lillahitaala. :)




Thursday 19 December 2013

DOA HILANG BARANG. SEMOGA IA DIKETEMUI. KUN FA YA KUN.

Assalamualaikum :)

Yee, masih disini dan tetap disini. ok, harini tak boleh nak intro panjang sangat. sebab nak rush pergi rumah makcik aku kat Anggerik. dia suruh teman sebab laki dia outstation sampai ahad. jadi sementara menunggu ketibaan makcik aku datang amik aku dan adik aku. aku usha jap blog nih.

Haaa, aku saje je nak kasi petua atau usaha macam mana nak barang kita yang hilang dijumpai semula sebab ada sorang kawan aku ni, dia memang selalu sangat hilang barang. yang berharga pulak tuh. masa sekolah STPM dulu. dia pernah hilang moto, sebab kunci moto tertinggal dekat moto, ni yang latest dia bagitahu aku, dia hilang wallet pulak dah. -.- masa balik dari kerja kelmarin. dah laa semua benda penting ada dalam tuh, i/c, lesen, gambar mak ayah, gambar bakal isteri, duit, semuaa laa. 

Jadi aku terfikir, why not kalau aku bagi kongsi amalan atau petua hilang barang nih kat  reader. sebab, aku ada laa jugak bagi amalan doa hilang barang kat kawan aku masa dia hilang moto dulu. memang tak dapat laa moto asal kan. tapi dia dapat yang lebih baik daripada tuh, at least Allah gantikan yang lebih baik laa kan, hmmm. sebab,sebulan lepas dia hilang barang tuh, dia dapat tahu siapa pencuri moto dia (nak cerita panjang sangat) second, dia dapat lesen kereta dah (pun nak cerita panjang sangat) and last buat not least, sekang dia tengah tunggu insuran untuk moto dia yang hilang tuh, so boleh laa di beli moto baru. see, banyak betul nikmat yang Allah gantikan dengan kehilangan moto dia tuh. 

Ada banyak doa yang boleh diamalkan, yang penting mestilah yakin barang tu kita akan dapat semula, kalau tak dapat tuh doa banyak sket. kalau barang yang hilang tu nilai atau harga dia besar, maka kena la besar jugak usaha kita, atau mungkin kita dah sungguh sungguh nih doa, tapi masih tak dapat. cuba cek hubungan kita dengan Allah, atau kita ada buat apa-apa dosa ke tak kira laa dengan Allah ke dengan manusia. Istigfar bebanyak, muhasabah diri. InsyaAllah, semuanya dipermudahkan. tapi kalau tak dapat barang asal yang hilang tu pun takpe. yakinlaa, Allah akan beri yang lebih baik daripada yang sebelumnya. :)

Amalan satu :


baca doa ni pada bila bila masa atau pun setiap kali selepas solat. baca banyak kali dengan yakin. InsyaAllah barang yang hilang itu akan ditemui. 

Amalan dua :


pun sama, baca doa nih pada bila-bila masa setiap kali selepas solat dengan istiqamah. semua yang berlaku adalah di atas kekuasaanNya.

Amalan tiga : 

Buat solat sunat hajat semoga barang kita yang hilang tuh dijumpai kembali. sambil tuh boleh jugak baca doa yang aku dah bagi dekat atas tu atau doa lain. selawat banyak kali. 

Amalan empat :

Dah alang alang buat solat hajat tuh, baca laa Yasin sekali. besar syafaatnya. kalau nak lebih muarab atau afdal, setiap kali berhenti pada perkataan ''mubin'' berhenti dan doa laa supaya barang yang hilang tu dijumpai kembali. 

Mudah-mudahan perkongsian aku pada kali ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk korang. ini pun aku banyak research dari blogger lain. dan dari images google. heee. sebenarnya ada banyak lagi doa untuk cari hilang barang, tapi ni jee yang aku boleh bagi. adios. selamat berjumpa dengan barang yang hilang. ^_^

Setiap apa yang berlaku adalah di atas kekuasaanNya. kita hanya mampu merancang, tetapi Dialah yang berkuasa menentukan segalanya. Kun Fa Ya Kun. Waallahualam. :)

*gilaa rush. takut makcik dah sampai nak amik aku. hahak. kbai. :)



Wednesday 18 December 2013

JOM JALAN ! ^_^

Assalamualaikum. :)

Mcm dah lama tak update entry baru. yee, sejak aku menjejakkan kaki ke Selangor tempoh hari. aku terus dah tak menyempat nak update entry. nak share pasal aku pegi Selangor. hurmm. tiada apa yang menarik. lagi satu sebab aku mcm malas nak buat entry baru. sebab tak de org baca pun. aku tgk kat post aku. yang baca entry aku belas belas jee. cedihhh. :( nampak tak aku macam dah putus asa dan kecewa nak buat entry baru sebab takda orang baca ? kah ! over konfiden tau jujur. :3 

Well, sebenarnya pun sebab tak tau dan tak ada idea nak keluarkan entry pasal apa. tu yang macam, ok. nanti laa tulis blog. jadi sekarang aku disini. nak share sesuatu pada followers dan reader sekalian. gilaaa. ayat hotpemes tewwh. takda laa teruja mana pun kan. tapi bila tengok tajuk entry, mesti korang fikir aku pergi holiday kemana yee. salah salah. tak. dia lebih kurang laa ada kaitan. tapi bukan.


gambar satu

Ekceli, aku nak cakap yang aku sekang dalam sesi latihan pemanduan kereta. senang cerita amek lesen kereta laa. mihmih. dah setahun lebih aku tinggalkan sejak dari lepas SPM. gilaa kau busy stadi STPM kemain sampai tangguh punya lama. dan sekarang baru aku berpeluang nak sambung balik. over tau lama gilaa hold lesen. -.- sampai pakcik yang ajar tu cakap, ' kalau dah kahwin ni anak mesti ada 2, kalau kembar laa. lama sangat kau tak amek lesen. ' ok acik rock yang comel. satira tu sangat berkesan. tak rasa pun macam satira. sebab dia cakap sambil senyum. :)

Jadi, bila aku dah dapat lesen P nanti. aku dah boleh bawak kereta. dan semestinya kereta bapak aku nanti jadi mangsa untuk dibawa ke hulur kehilir sebab masih jakun dah pandai bawak kereta. mula mula memang macam tu kan ? dan mesti laa aku nak pergi berjalan ajee. paling cikai pun AEON Kulai ahh. hehe. nampak tak kaitan dia sekarang ? tajuk entry entry dengan lesen kereta. baru dapat rasa dia punya teruja kan ? over jee, baru satu hari aku belajar bawak. dia punya excited. hmm. kahkah. ehh, dulik laa. ingat senang kee wanita comel mcm aku nih yang tak pernah bawak kereta tetibe belajar kereta. dah laa pendek. kaki tak sampai tekan klas. dah kusyen kereta kena depankan sampai habis. tu pun tak cukup tgi nak tgk depan. -.- patut lepas ni aku belaja keta kena bawak bantal la. kasi nampak tgi sket.


gambar dua

Best jugak laa. dah mcm feeling feeling jee nih. hukhuk. cuma, bosan tu memang ada bila aku duduk kat sana. aku sorang kot pompuan. mcm tadi. yang lain dok semua jantan. takkan aku nak borak tegur dulu pa suma. malu laa aku. jd alternatif mudah, aku g beli tenet Digi yang serendah RM1 walaupun sebenarnya tak perlu. seronok bawak kereta nih. tapi aku cuma risau part kena tekan klas jee. sebab, aku takut kalau aku terlebih tarik klas nanti tetibe enjin mati. hmm. sampai tak aku cakap nih ? kira aku tak suka handle klas laa. padahal dah memang manual kot. -.- lagi satu, gear. aku masih tak paham macam mana nak guna gear. naik bukit gear apa, bila jalan normal gear apa, atau gear 1 untuk keadaan apa ? gear 2 bagaimana dan seterusnya. pada aku leceh kot.

Tapi takpela, semangat nak habiskan lesen tuh masih ada, jadi baik aku teruskan. bila pk balik. susah sebenarnya kalau tak pandai bawak sebarang jenis kenderaan nih. yee, susah sangat. nak bergerak mana mana mesti harapkan orang lain, sedangkan orang lain tuh ada benda lain yand dia nak buat. sebab tu kalau boleh, bila aku dah berjaya dapatkan lesen kereta nanti. kalau aku nak apa-apa, aku dah tak nak mintak tolong org. baik pergi sendiri jee. kankan. 


gambar tiga

Jadi kesimpulan dia, aku berharap sangat, sepanjang aku menjalani sesi latihan memandu nih, Allah sentiasa permudahkan urusan aku. dan senangkan aku untuk belajar bawak kereta nih. Amin. :)

gambar nampak macam takda kaitan kan ? salah. sila baca rujukan dibawah.

gambar satu : konfiden dengan setiap perkara yang kita buat. mcm aku. aku mesti konfiden yang aku boleh bawak kereta sekaligus dapat lesen P awal tahun depan.

gambar dua : hidup ini indah. jadi, nikmati hari hari sesi latihan pemanduan lesen kereta aku dengan gembira ria walau hakikat sebenarnya aku bosan abadi dekat tempat kelas memandu tuh. takda kawan. :3

gambar tiga : ' love ' cintailah setiap apa jua aktiviti yang anda lakukan. walaupun hanya dengan belajar memandu sahaja. lakukan dengan gembira. seperti di gambar dua. 

 kbai.



Thursday 12 December 2013

MASIH DISINI (HATI)

Assalamualaikum.

Sendiri lagi hari ni. takpe. aku masih okey. :) well, macam biasa laa aktiviti harian aku. makan. tidur. kemas rumah. dan tambah aktiviti baru. tidur rumah atok mama. kih. semenjak menjak tengok astewo beyond kat umah atok aku. aku madah tengok cite masak-masak jee. entahh. aku memang suka tengok cite yang berkaitan makanan nih. tak tau laa kenapa. biasa aku tengok AFC atau Food Network. kalau remote tb aku pegang. memang dua channel tuh je laa selalu aku tengok. kih. penyudahnya, bila aku masak sekarang. memang feeling feeling macam tengah dalam cite cite kat channel tuh laa. haha. membajet jee tahu. pengaruh tb kuat betul aku nih. -.-

Hmmm, sekarang. phone sunyi. dah tak macam dulu. takda text, takda call. handphone sekarang hanya berfungsi untuk twitter, instagram, wechat dan youtube sahaja. sebab dia dah mula bekerja. imagine that ? dari 5.30 pagi sampai 7.00 malam. tuh pun balik rumah nak rehat ape semua, pukul 8.30 laa lebih kurang atau sebelum pukul 9. baru ada masa untuk aku. on the phone katanya. borak sekejap. tak sampai setengah jam. then dia tidur. penat. kesian jugak aku dengan dia sebenarnya. penyudahnya, aku laa konon teman dia. telefon tak mati. masih lagi hidup. tapi tak bersuara. ala-ala teman laa katanya. serupa jee sebenarnya kalau aku matikan pun. dia tetap tidur. maybe rasa lain. ada aura aku kot. macam rasa aku nih sebelah dia bila tidur kalau handphone tak matikan. kahkahkah! *macam sekarang yg aku buat nih. -.-

Membazir pun yee jugak. membazir masa berbual free yang digi bagi. pheww. tapi tak peelaa. aku kan isteri yang mithali. kena laa ikut cakap suami. hek (bakal. insyaAllah) jadi kesimpulan dia. sama jee. aku ni mmg tak contact dia sehari semalam pun kalau nak diikutkan. setakat mcm tuh. mmg boleh diibaratkan tak contact langsung pun pada aku. aku tak tau ape aku rasa. sumpah. tak tau nak cakap cemana. tapi, aku selalu pujuk hati aku. bila hari-hari kau dah lalui benda yang sama. jadi, kau dah biasa nanti. just rilek. baru dua hari jee kot situasi ni berlaku pada aku. gelabah lebih. -.- kah!  aku harap sangat. aku kuat. dan akan faham situasi sekarang yang memang dah jauh beza dengan dulu. aku tak kesah. for sure. yaaa. :) pada aku. aku takde ape ape perubahan. tapi mungkin, kena bagi aku masa laa kot untuk biasakan dengan perubahan nih.

Yelaa, dulu handphone aktif betul. 24/7 mesej dan call masuk. sekarang ? tak sampai 10 mesej tak sampai 10 call. sebab tu culture shock. hak! cuma nak cerita. aku harap sangat hati aku nih tak goyah. aku takut sebenarnya. sebab aku tahu aku ni pesennya macam mana. kita pun tak tahu kan akan datang nih macam mana keadaannya. kalau nak cerita pasal nak tetapkan hati nih. memang payah. manusia boleh berubah. sekelip mata. tapi, hanya doa sahaja yang boleh buat hati kita kekal. 

Macam nak berubah jugak. kita berubah nak jadi manusia yang lebih baik. tak nak buat jahat. and blabla. mesti akan ada punya dugaan yang datang. untuk uji, sejauh mana hati kita boleh tahan dugaan tuh. kadang, Allah sengaja bagi kita rasa, bolak balikkan hati kita. nak tengok, sejauh mana kita boleh kekal dan tetapkan hati kita agar berkedaan seperti yang kita inginkan. *mcm tak sampai pulak apa yang aku nak cakap nih. -.-

Macam tuh laa hati aku. aku takut. Allah uji aku. dengan pelbagai dugaan. atau nak bolak balikkan hati aku. nak tengok. sejauh mana aku boleh tahan dengan situasi sekarang. aku tak nak kecewakan dia. aku masih sayang. dan insyaAllah. aku takkan berubah hati. dengan izin Allah. :) percaya pada takdir. dan doa sentiasa mengiringi. mudah mudahan. apa yang kita rancang sebelum nih akan terlaksana. 

Apapun yang berlaku dalam hidup kita, tak kira dugaan tuh besar atau kecil. kita tetap hadapinya. Allah beri dugaan pada kita, sebab Dia tahu, kita mampu hadapinya. jadi, Allah beri dugaan pada aku sekarang, sebab Dia tahu. aku mampu hadapi benda nih. jangan risau. Allah ada. dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

InsyaAllah. selitkan nama ku dalam doamu, dan aku juga begitu. :) 
masih sayang. :) 

Tuesday 10 December 2013

MENCARI SESUAP NASI

Assalamualaikum.

Secara tiba-tiba macam nak update di tengah hari yang dingin nih plak. duduk kat rumah tak buat apa pun. semenjak menjak cuti sekolah bermula nih. dah nak naik sekolah pun. kehidupan aku sebagai seorang manusia adalah sama. bangun. masak. basuh baju. kemas rumah. bla bla bla. yaaa. ianya boleh juga diklasifikasikan sebagai menjadi seorang suri rumah yang belum bertangga (sebab belum kahwin) lebih kurang laa macam sepenuh masa. well, aku cuma buat yang aku boleh buat jeee. kadang, bila kena suruh baru buat. boleh laa diibaratkan seperti tanggungjawab seorang anak. hmmmmm. (nanti kata aku tak buat keje rumah pulak. -.-) prektis untuk menjadi seorang suri rumah tangga pada masa akan datang pun yee jugak. kah.

Kehidupan seperti itu kadangkala membosankan. seriusli. bila tugas aku semua dah selesai. aku nak buat apa lagi ? kadang baju bersih pun aku basuh. sebab tak tau nak buat apa kat rumah tuh. (bajek) online, twitterring, instagraming, wechat-ing, and blablabla tu haruslaa hampir setiap hari aku buat. itupun bosan jugak. sebab dah buat selalu. tp kalau takde, menggila pulak aku. -.- sekarang nih pun mesej, on the phone memang dah kurang. sebab si suami sudah mula keluar bekerja untuk mecari sesuap nasi. pffffts. =..= Alhamdulillah rezeki beliau ada di kilang Dyson. kah. 



Cerita pasal mencari sesuap nasi a.k.a mencari pekerjaan nih. sebenarnya aku tak keje pun. how sadlife. T.T sebab tu aku kat rumah nih dah macam hape. tapi masih siuman lagi laa. tapi kalau dah lama sangat duduk rumah boleh meroyan aku. cehh, konon je dulu masa belum habis sekolah. cepatlah habis exam, cepatlah habis sekolah. tak nak pergi sekolah lagi. stadi ape semua. sekarang nih tau kau bosan? (pertanyaan ingkar) ternyata zaman sekolah laa yang menarik perhatian. sebab banyak aktiviti yang dibuat. kira bergerak aktif laa jugak. sekarang ni pun aku ada potensi untuk membesar dengan sihat secara mendadak. makan je keje. -.- 


Kawan-kawan aku hampir semua dah dapat kerja. Alhamdulillah. takdelaa duk melangut kira anggur kat rumah jekan. ada jugak benda nak dibuat. paling-paling nanti gaji yang diorang dapat tuh boleh berbelanja untuk diri sendiri. tak de la nak menyusahkan mak bapak. dulu sekolah mintak duit mak bapak. takkan dah habis sekolah pun nak mintak diorang lagi kan. ada banyak lagi tanggungan yang diorang nak tanggung. kemain cakap. abeh aku ni tak keje menda. -.- 

Sebenarnya, aku memang nak kerja. tapi masalah dia. transport. yeeee. ku akui. aku memang tak pandai pun nak bawak apa apa jenis kenderaan baik motor lagikan kereta. basikal tu pandai laa, tapi kat rumah pun basikal takda. dah rosak. (konon jee, bajet kalau rumah ada basikal nak ke engko g keje naik basikal ? puihh.) aku siap dah beriya dengan kawan sekelas aku dulu. Mimot (bukan nama sebenar) yang aku nak kerja. siap mintak dia riki kerja apa yang ada. kalau dapat nanti bagitau aku sekali. pahtu dah rezeki. dapat pulak dekat sebuah kedai handphone. ok laa kan daripada takda. gaji lebih kurang RM700 kot. boleh sangat.



Dia dah kerja kat sana dah pun. aku nih haaa. tak kerja pun. kesian Mimot. mesti dia membebel pasal aku. tak banyak sikit pun mesti ada. konon je yek yek nak keje. tapi tak interview pun. :3 sungguh aku kasihan dan serba salah pada Mimot. maaf Mimot. dah kau kena kerja sorang-sorang. aku boleh kalau ada transport. takkan aku nak suruh mak aku pegi anta balik keja pulak. mak aku pun ada keja lain nak buat kat rumah tuh. senang cerita tak nak susahkan dia laa.teringin jugak nak keja bawah orang. tapi apakan daya, rezeki itu tak memihak kepada aku. :') sebab tuh untuk bulan 12 yang masih bersisa ni, aku ambil keputusan nak pergi buat lesen kereta. senang nak bergerak. tak payah nak susahkan sesiapa lagi dah.



Penyudahnya, rezeki aku adalah bekerja dengan mak sendiri sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah pendalaman. susun cawan, bila budak nak beli makan kat kantin tolong jaga, lagi lagi waktu rehat dan sebagainya. ok laa daripada takda. -.- yang penting HALAL kan. :) aku nak duit je sekarang nih sebenarnya. susah kalau takda duit. nak beli apa-apa nanti susah. jadi kesimpulannya, bulan 1 nanti laa aku mula mencari sesuap nasi. cehhh. 

Kepada raka-rakan yang sudah mula bekerja tuh. kerjalah dengan ikhlas niat kerana Allah. mana ada kerja yang tak penat kan. jadi teruskan dan selamat bekerja. lagi satu. yang penting kerja tuh mestilah Halal. :) InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita semua. kepada sesiapa yang belum ada kerja tuh. takpe. rezeki Allah ada di mana-mana. yang penting usaha mencari. takpu jadi suri rumah je macam aku. boleh tolong-tolong mak. ringankan beban mak abah. dapat jugak pahala. kih. 

Rezeki Allah punya. usaha. doa. tawakal. :) 

Monday 9 December 2013

BIRTHDAY GIRL ! SWEET- 43

Assalamualaikum.

Hai. and hey and hello bakal jenazah sekaliannya ada. :) Ok, hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman yang terjadi pada hari semalam yang bertarikh 08 December 2013. ianya agak mengujakan. yaaaa ~ pfffts. -.-

Mengujakan laa jugak. sebab apa ? sebab semalam birthday mak aku. yang ke berapa ? *tengok i/c jap. ohh, yang ke 43 tahun. ok, sweet 43 gituu kan. tetap awet muda. sebab tu anak anak mak cecantik, ayu, comel dan gojes gittew. *sembur. ekceli, aku lupa birthday mak. yaaa ~ (muka series abadi) aku wish pun maghrib semalam. dasar anak durhaka. birthday mak sendiri pun tak ingat. entahlaa, aku mmg jenis lupa tarikh laa. sebab semalam aku mmg tak ingat ianya adalah 8hb Dec. sebab tu aku tak wish. kesian mak. dah laa hadiah takde. wish pun takde. sobsss. *pakar membuat alasan. mcm tak leh reminder kat enset. enset engko kan canggih. pffts. kalau aku jadi mak nt, bila anak aku lupa birthday aku pun, mesti aku terasa kan. agaknya macam tu laa kot mak rasa. tsk. T.T

Takpela makk, yang penting saya dah wish semalam. ni nak wish lagi la. tapi pakai peranti elektronik plak. canggih la sket kan. nak bagi satu dunia tahu yang semalam birthday mak aku. kah. Ok, nak wish nihh. phewww. dengan menggunankan satu nafas. 

Bismillahirahmanirahim, 
Dear Mak,
Selamat Ulang Tahun yang ke 43 mak, semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah, diberi kehidupan yang lebih selesa, dikurniakan anak-anak yang soleh solehah mendengar kata lagi taat setia, diberi kebahagiaan dan berjaya dunia akhirat, akak masih belum beruang, berwang, jadi akak tak mampu nak beri mak kemewahan, cukuplah sekadar kasih sayang dan pertolongan dan tanggungjawab kakak kepada mak serta adik adik begitu juga keluarga, walaupun secara kasarnya kakak tak tunjuk kasih sayang kakak pada mak, tapi percayalah, yang kakak sentiasa dan selalu menyayangi mak dunia akhirat. InsyaAllah, selagi nyawa kakak masih ada, kakak akan berusaha dan cuba untuk menyenangkan dan menggembirakan hati mak. :') 

Ikhlas : Anak mu Anis yang cantik lagi gojes *sempat lagi. -.-

Jadi kesimpulannya, takde kek, takde belon, takde tiup tiup lilin. takde tepung, telur untuk dibuat baling-baling. sebab semalam makcik dan pakcik dan atok mama serta kami semuanya pergi ke sebuah restoran yang diberi nama Bi Si Nai Restoren yang terletak di Kulai untuk makan ikan siakap tiga rasa serta juadah lainnya bagi meraikan hari ulang tahun mak yang ke-43. Sekian.







Birthday girl.
 tetap awek muda macam anak dia yang kat sebelah tu.
 comel gittew. pfffts. -..-
btw, I LOVE YOU MAK. :)

Saturday 7 December 2013

THOUSAND A YEAR

Assalamualaikum

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer
*ehsan  : encik google. 
Sebenarnya aku rindu sangat dengan dia. rindu yang amat amat terlampau kata penguat bebas depan belakang paling ter ber dekat dia. yee diaa. NAA. :) entahh, tak tahu laa kenapa. bilaa aku menangis rindukan seseorang. that's mean aku mmg betul betul rindu. perasaan tu hadir sendiri. susah nak cakap. aku harap dia pun rasa yang sama. mcm apa yang aku rasa sekarang. kalau boleh aku nak sentiasa ada dengan dia. setiap masa setiap saat. *bajet jiwang. takpela. biar kita ikat rindu nih dengan saling mendoakan antara satu sama lain. :3 hukhuk.
InsyaAllah. apa yang dirangcang sebelum nih, kita akan laksanakan dan harap sangat ianya menjadi kenyataan. Amin. :') 
thanks for everything. :')

Friday 6 December 2013

PERCUTIAN YANG TAK DIJANGKA

Assalamualaikum.

Hello ppl. macam dah lama je tak update kan. busy laa. *bajek. :3 well, actually takda masa. banyak sangat benda kena buat. -.- well, dah alang alang aku mengupdate nih. aku nak share sikit laa kan pasal percutian aku yg tak seberapa nih. tapi boleh laa buat hilang stress kan. and heyy, aku baru perasan yang rupanya skang nih dah bulan 12. ohh camtuh kee. kejap je kan masa berlalu. 

Ok, back to topic. senanya nak cite pasal percutian aku kat Mersing je kowt. *aku rasa laa Mersing. ahhh, yang penting masih lagi berada ni kawasan Johor. ok laa. so so laa. not bad laa. aku paling suka pantai dia. landai jee. alaaaa, pegi sini pun senanya nak melayankan si Aiman tuh. boring laa hape duduk rumah. tu laa bebudak zaman sekang. ape benda laa. tak pegi cuti sket boring. tak pegi jejalan sket bosan. padahal gadget tu sentiasa ada kat tgn. main jelaa game papepun. aku masa zaman dulu-dulu. takde nye. kalau tak jalan ye duk diam kat umah. main pasir laa, masak masak laa, kehkahwin laa. budak skang nih tak pernah tau dan tak pernah rasa erti budak budak yang sebenar. lebih kurang camtu laa kan intro dia nak cite pasal kenapa pegi Tanjung Leman nih. 

Aku takde hal, ada holiday ye ada. takde pun kalau boleh nak jugak laa holiday sehari dua jejalan cemni. :3 cehh, intro bajet panjang nak mampos. tempat yang aku pergi nih nama dia Felda Resident Tanjung Leman kira macam sape yang anak anak Felda nih dapat diskaun laa kalau pegi sini. *diskaun seploh engget je kowt* hamboi, belagak. huntung dia nak bagi diskaun. kira ok laa kan. ala ala mcm promote supaya datang lagi gittew sbb dapat diskaun seploh hengget.

Lupaa nak cite, senanya percutian ni tak dijangka. untuk aku laa. padahal bapak aku dah tempah sesiap dah kat tenet. konon nya cancel sebab khuatir banjir. tetibe hari Khamis tu aku baru bangun dalam lingkungan jam 9 pagi. aku nak masak la cite dia. takut kena bising tak wat pape. acah acah rajin laa masak kat dapor. masa aku tgh masak nasi kot. tetibe bapak aku kata. dah sesiap cepat. jak g nak ke Tj Leman. aku pun macam arrhh ? betul ke ? excited gak laa. dan lagi. tak payah aku nak sesusah nak masak kan. zap zap zap. terus aku sesiap. dapor tinggal gitu jelaa. hahaha. 

Well, tempat dia pun ok laa, takde laa selekeh sangat. cuma tak ramai orang laa. mungkin sebab kitorang pegi time waktu kerja. kira Isnin - Jumaat tu kan time mak bapak kerja kan walaupun cuti sk. so tu laa yg tak ramai orang. kira dah macam tempat tu aku yg pya. sukahati nak buat hape. hakhak. puas jugak laa aku mandi kolam, main pantai.  tapi opekos laa Aiman yang yek yek excited. dah pandai berenang kau. bapak aku ajar. boleh wakil Mesia masuk Sukan Sea nih. ada bakat jugak laa. ahhh, penat ahh nak taip. nah laa gambar. papepun dapat jugak laa mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga kan. :)


bajet gilaa. bebelum muka aku dulu. 
the only one plak tuh. wakaka.






Itu sahajala perkongsian kita pada hari ini. dua gambar jee ada tulis nama blog aku. yang lain malas. bajet mcm blogger pemes lettew. tak nak gambar kena curi. wakaka. papepun. alhamdulillah, Allah masih izinkan aku dan keluarga untuk melihat dan merasai kenikmatan dan keindahan ciptaanNya. :) 
#TanjungLemanFeldaResident