Tuesday 8 January 2013

TEKANAN KIAN TERASA

Assalamualaikum. :)

Haiiihhhh. penat ohh harini. balik lambat. ada kena buat apa ntah. penuhkan buku ARPRM katanya. eh ? harini aku dapat spek baru. kalau tak de aral. esok pakai. haha. :3

Ohhh yayayaya, see what's the heading say ? yaaaa. tekanan. pressuree. sebab apa ? sebab sem 2 nih haaa. ohh maiii godd. gilaa vavi banyak asaimen. dgn mini tesis lagi. *puihh. ahahaha. bajet u. eh ? tp mmg u pun kan ? PRA U ? k, like i care ? semakin lama semakin banyak. yang ni tak siap tuh bertambah. adoiii. gilaaa ahh. cemana aku nak handle waktu aku nih ?

Sekang nih mmg belum rasa stress sgt. tapi for sure, masuk bulan 2. kestressan nya berapa di tahap paling tinggi darjatnya. kalau dua ke satu ke mini tesis yang kena buat tak pe. ni sampai empat. Syariah, Sejarah, Am, dgn BM. amekk kauu. ==' *mohon hantukkan kepala aku kat dinding.

Mana nak online ? mana nak blogger. sekang dah buat akaun ask.fm dah. haihhh. cemana nih nak bahagi masa. *dalam keadaan gini pun masih nak pertahankan benda nih. haha. puihhh. entah laa. aku belum pk lagi apa perancangan nak kena buat. sekang nih yang aku tahu cemana nak susun atur aku dgn lebih berkualiti is buat time table. yaaa. buat time table.

then, aku kena prepare sesiap cemana aku nak urus stress. tapi apa yang aku pasti, kalau nak elakkan seteresssssss tahap dewa. kena buat perancangan. which mean susun masa kita dengan lebih baik. siriyes talk benda tuh berkesan. sebab masa kita tak dibazirkan camtuh jee. kira kita dah ada flow. lepas ni kena buat apa, lepastu kena buat apa. kan senang. tak delah terkejar kejar.

Lagi satu kurangkan main sosial network.. yaaaa. *cough. senanya benda ni boleh buat. the key is disiplin. kalau tak de disiplin semua benda yang kita nak buat takkan jadi. izzit ? haihhhh. aku pun dah tak tau nak bebel apa lagi kat sini. sumpah harini otak aku blur tahap siamang. :3

Sebab stressssssss kot ? maybe mungkin ? k, aku perlukan seseorang untuk picit kepala aku. dizzyyy. =='
eh ? jap. sat g kan ada cita setia hujung nyawa. maybe tgk cite tuh boleh hilangkan stressss aku ? sebab. sebab ada AMAR ASYRAF. :3 ahak. jadi konklusinya, aku nak blah dulu. haha. bai.

Monday 7 January 2013

KEYAKINAN DIRI

Assalamualaikum :)

Selamat petang. hihi. well, aku baru balik dari kedai cermin mata, nak renovate spek baru. insyaallah dalam hari khamis ni aku dah berwajah baru. haha. power tinggi jugak laa. mau dalam 275+50 silau sebelah kanan. 200+22 silau sebelah kiri. tidak boleh tidak aku memang kena sentiasa berspek. =='

Ok, back to the topic. harini aku dapat satu pengalaman baru. you know what ? aku jadi pengacara majlis perhimpunan rasmi. haha. sumpah aku dah lama tak bercakap depan public. gigil boleh ? tapi aku happy laa sebab dapat laksanakan tugas aku dengan baik. i guest ? aku dah survey member member aku. dorang kata suara aku jelas dan kuat. tapi kecik. ==' k, tengoklah badan aku cemana kan ? dengan kena pakai kotnya lagi. dah la saiz L. gabak tak gabak aku pakai.




Siriyes talk, sebenarnya kan. benda benda macam ni boleh buat kita bertambah yakin dengan diri kita. ohh yaaa, ekceli salah satu cara untuk kita nampak yakin dengan diri kita adalah dengan bercakap depan orang ramai. *maksud sama tapi ayat berbeza. -.- tak ramai yang tak berani buat. jadi, kira satu bonus pada kita kalau kita boleh bercakap depan public. :) mula-mula memang rasa malu. tapi bila kita dah terbiasa, kita akan rasa seronok dan kita mesti teringin nak bercakap depan public lagi.

Sebenarnya banyak cara. another one yang korang boleh buat untuk beri keyakinan pada diri korang is melalui penampilan korang. orang akan pandang melalui penampilan. seriously. bila kita pakai smart, cantik, wangi mesti semua orang suka kita kan. dan semestinya impression orang yang pertama kali tengok kita, mesti dia fikir yang kita ni berkarisma tinggi. walaupun sebenarnya kita ni tak delah hebat mana, izzit ? jadi, cara penampilan kita pun mempengaruhi keyakinan kita jugak. kita pun tak segan nak jumpa dengan orang tu dengan orang ni.

Penampilan pun tak cukup. benda yang paling simple cemana nak tingkatkan keyakinan diri is. bergaul dengan orang lain. takkan la kau nak duduk dekat dalam satu komuniti jee. contoh la kan. kalau sebelum nih, kau reti bergaul dengan kawan kelas kau jee. apa kata kau cuba bergaul dengan kawan yang berlainan kelas. prediksyen aku, cara ni sesuai untuk orang orang pemalu. haha. tapi boleh jugak digunakan kalau nak jadikan kita be more confident. eh, ada tau manusia manusia yang macam nih. dia kawan dengan kawan kelas je. dengan kelas lain bajet reti pulak dia nak bergaul. jadi, mulakan dari bawah. tak mintak pun cakap atas stage ataupun cakap kat depan orang ramai. cuba laa dulu berani mengauli ( mengauli? ) diri berkawan dengan orang lain. dekat situ, sikit sikit kita dah boleh buang rasa malu kita, dan kita akan lebih relax serta confident bila jumpa dengan orang lain. takdelah malu memanjang kan.

Ni prediksyen aku laa cemana nak be more confident. haha. well, aku tak sempat nak buat research dengan lebih detail. jadi apa yang aku tulis ni semua ikut apa otak aku fikir. kira apa aku rasa benda tu betul, aku taip jee. tapi bukan semberono. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri jugak. well, lain orang lain cara kan ? maybe korang ada cara lain cemana nak built your self more confident. izzit ?

Tapi aku prefer untuk bercakap depan public. sebab benda tuh pada aku lebih buat kita rasa yakin dengan diri kita. tu cara aku. haha. ohh yaa. aku lupa. thanks to the Farhan bin Abd Ghafar sebab tolong aku *ekceli more to beri kerjasama yang baik* masa jadi MC tadi. haha. dah la aku pendek. sampai tertonjet aku nak bercakap. sebaik mic boleh bukak.

So, harini Isnin, 07 / 01 / 2013 will be the best moment? for me. haha. poyo lebih. ok, i have to go. soo, peace yaww. ^_^



Saturday 5 January 2013

INGIN MENJADI MATANG ?

:) Assalamualaikum :)

Entry ke tiga untuk tahun 2013. K. Urmmm, tadi masa aku tengah sibuk mengemop lantai aku tetiba terfikir nak buat entry pasal matang ni. entah kenapa. aku mula fikir, sekarang aku dah on the way nak masuk 19, tapi perangai aku ? still macam budak - budak. Yayayaya. aku akui. perangai aku dari dulu sampai sekarang masih sama. kebudak-budakan. But now, i'm try to be more matured. :) Alhamdulillah aku berjaya lakukannya walaupun perubahan tu tak drastik mana. hehew.

Jadi, aku ambil keputusan untuk research apakah itu makna matang, dan bagaimana untuk menjadi matang. Kalau nak cerita makna matang ni, ekceli benda ni subjektif, definisi matang dalam setiap setiap individu itu berbeza. Pada aku, kita matang apabila kita mula memikirkan pasal keadaan dan perasaan dan juga situasi orang lain. Kita tak pentingkan diri sendiri dan kita selalu berfikir sebelum bertindak serta kita dapat bezakan yang mana baik yang mana jahat. plus, kita ada matlamat hidup kita sendiri dan kita nak capai matlamat tersebut. ada jugak yang muka matang, tapi perangai still budak - budak kan ? susah nak cerita pasal matang nih ekceli. definisi korang mengenai matang ? bagaimana ?

Ok, ni apa yang aku dapat cari dan apa yang aku boleh simpulkan macam mana nak menjadi matang berdasarkan situasi yang berada di sekeliling aku.


  • Ubah personaliti - which mean, ubah cara percakapan, ubah gaya berpakaian dan segala benda yang ada pada diri kita ni yang boleh di ubah. tapi pada aku, the mostly important is ubah cara percakapan. yaaa. setiap hari kita mesti akan dengar perkataan perkataan yang kurang enak di dengar. aku tahu korang tahu apakah antara perkataan itu kan either aku sendiri pun pernah cakap jugak. jadi pada aku, kita nak jadi matang, perlu ke cakap benda benda tak senonoh ? perlu ke cakap benda benda tak elok ? aku rasa tak. bukan rasa, memang tak matang pun. jadi konklusinya. berusaha untuk menjaga setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita. *pesanan untuk aku jugak.

  • Banyakkan membaca - Ini salah satu cara bagaimana kita boleh menjadi matang berdasarkan cara kita berfikir. Banyakkan membaca. yaaaa. banyakkan membaca. *cough. bahan bacaan tu tak kisah laa dari mana pun sumbernya, yang penting kita tahu dengan situasi yang berlaku di sekitar kita nih. nanti kalau ada yang bercerita, tak ada laa kita ni terpinga pinga. ataupun kita boleh jee mintak tolong pakcik google carikan bahan bahan yang boleh beri kita sedikit ilmu. tak kisah la pasal apa pun yang korang nak tau. kan ? sekurang kurangnya ilmu kita bertambah. sebenarnya bila aku berblog ni pun aku dapat menambah ilmu pengetahuan aku, sebab kalau aku nak buat entry mesti la aku kena research dulu kan ? jadi kat situ aku boleh dapat sikit info info yang aku tak tau. :)

  • Bergaul dengan orang yang matang - Cara ni aku rasa berguna, mungkin ? yaaa. aku rasa la. sebab, berdasarkan atas pengalaman aku sendiri. sebenarnya, aku menjadi lebih matang bila aku berada dengan kelompok ini. seriously. bila aku dengan kawan kawan rapat aku, terutama dengan sahabat Anggun, perangai aku akan berubah menjadi kebudak budakan. aku manja dan kadangkala gedik. sebab aku suka bila diorang manjakan aku. tetapi, bila aku berada jauh dari mereka, karakter aku akan berubah. haha. jadi prediksyen aku, orang orang di sekiling juga menpunyai pengaruh yang besar dalam menentukan ketidakmatangan kita. dah macam lalang pun ada gak. kejap matang kejap tak. tapi tu semua bergantung kepada individu bagaimana dorang handle tahap kematangan dorang.

  • Tahu tanggungjawab sebagai seorang Islam, seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar - Macam yang aku cakap masa awal awal tadi, kita matang apabila kita dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. jadi, sebagai seorang Islam, kita mesti patuh apa yang Allah dah perintahkan kan ? aku ni nak cerita pasal benda benda macam ni pun, bukan aku baik sangat, tapi sekurang kurangnya kita tak buat perkara yang tak elok dah la. sentiasa menasihati antara satu sama lain. Sebagai anak pulak, kita bertanggungjawab untuk tolong mak ayah kita bila dekat rumah. dah boleh fikir kan ? kesian dorang penat balik kerja, jadi tak salah kalau kita tolong masak ke kemas rumah ke. Sebagai seorang pelajar ? opekos la kita kena belajar. jangan duk main jee. bahagi la masa antara waktu main dengan waktu belajar. kalau belajar 24 jam pun tak boleh jugak. mau gilaa dibuatnya. aku nak bebel panjang pun korang sendiri tahu kan apa tanggungjawab yang korang kena buat.

  • Matangkan gaya penulisan - hahaha. yang ni aku suka. faham kan maksud aku ? nowadays, bahasa bahasa alien ni semakin berleluasa dengan rakusnya di sekeliling aku. dan sudah semestinya di sekeliling korang kan ? lagi lagi kalau bahasa sms. pehhh. aku memang tak boleh blah. dulu sebenarnya aku pun pakai ayat ringkas, tapi semenjak aku kawan dengan ex aku yang agak matang dan selalu guna ayat penuh bila bersms, aku pun terikut ikut. see ? bergaul dengan orang yang matang tu sangat mempengaruhi kita. ok, berbalik pada subtopik asal, pada aku la, kalau orang yang tulis shortform ni macam tak matang. *eh ? jangan bash aku pulak. haha. ni pandangan aku jee. kadang aku rasa macam nak tegur jee orang yang nak bersms/ berchat/ berwasap/ berkomen dengan aku kat pesbuk, sila guna penulisan yang matang. haha. mungkin kalau sms tu boleh terima, tapi ni dekat pesbuk ? takkan nak guna shortform jugak kot ? pehliss laa. haha. yang paling aku tak berkenan bila orang ni tukarkan 'O' kepada '0' nombor. sumpah aku tak paham kenapa. Obor - obor jadi 0b0r - 0b0r ? tak rasa kelakar ke ?

Haaa. itu jelaa beberapa tips yang boleh aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku dan sedikit research. kalau ada terlebih ke terkurang ke maaf la yee ? :) apa apapun, semuanya terletak di atas kehendak dan kemahuan kita sendiri. jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. buat perlahan lahan. insyaallah kita boleh. hehew.
p/s : aku memang sengaja buat tulisan warna warni, biar korang tak bosan baca entry nih. haha.

KESALAHAN TRAFIK xD

Assalamualaikum. :D

Post kedua untuk hari ini. haha. k. nampak kan heading di atas ? ekceli aku tergerak hati nak buat entry pasal ni sebab kat pesbuk skang, warga Bandar Tenggara dan yang seangkatan dengannya duk kecoh pasal abang dan akak polis yang semakin bermaharajalela di kawasan tersebut.

Yayayaya, semenjak dua menjak ni, mereka kelihatan aktif untuk mencari 'mangsa'. kata kawan aku, sekang memang tengah 'opss polis'. dalam sebulan lebih camtuh. tu pasai laa polis polis ni rajin bersiar-siar menghirup udara segar.

Haritu aku pun kena dah dengan abang polis. nasib baik aku kena tahan dengan polis biasa yang berbaju biru tuh. beliau bagi warning jee. kalau aku dpt abang baju putih ? mau aku kena saman RM300 ? mmg puihh laa kan. kena tahan dekat depan Fresh Hub kot. malam masa tuh. malu jangan cakap ahh. =='

K, berbalik ke pangkal jalan. aku cuma nak kongsi pasal jenis kesalahan trafik dimana antara kesalahan tersebut ialah TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR dan ia merupakan salah satu kesalahan yang serius. Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334).

Di bawah akta ini, denda minimun ialah RM300.00 dan boleh mencapai RM10,0000.00 mengikut kesalahan yang dilakukan. kenderaan anda juga boleh disita dan dilucut hak. _bernama.

Haha. ni apa yang aku research tadi. dan antara lapan jenis kesalahan lain yang serius yang berlaku di Malaysia ialah :

  • Tidak memakai tali pinggang keledar
  • Memandu melebihi had laju
  • Memotong di garisan berkembar
  • Memotong barisan
  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Memandu secara berbahaya
  • Membawa muatan lebih had
Tenenenene. muehehe. aku pun baru tau weh, kalau tak ada drama kisah polis dan helmet dekat Bandar Tenggara ni, aku pun tak tau benda nih dan for sure aku pun takkan research benda ni. 

Jadi konklusinya, sila pakai helmet jika membawa motosikal tidak kira di mana jua destinasi anda.
orang yang duduk kat belakang sebagai penunggang pun kena pakai. okey! *cough. aku pun dah takut dah nak keluar g mana - mana sekang. tadi masa g sk ada kena kemas bilik pengawas aku sanggup suruh mak aku hantar naik kereta, tak nak naik Athirah sebab takut polis. *ekceli tak nak sarung helmet. ahaha. =='

Ni apa yang aku dapat cari tadi. kalau ada terkurang, terlebih ke tersalah info ke atau ada info tambahan pasal kesalahan trafik ni aku mintak mahap laa yee. :) 

*PAKAI HELMET ITU COMEL*

BUAT COMEBACK

:) Assalamualaikum. :)

Gilaa kelamaan aku tak hapdet blog. rindu pula nak merapu pepangjang kat sini. haha. Well, first off all. Wanna wish Happy New Year. dah seminggu dah aku hidup untuk tahun 2013 nih. yayayaya. seperti biasa. awal - awal tahun ni mesti semua dok sibuk pasang azam baru and bla bla bla izzit ? aku ? azam aku ? nak jadi lebih tinggi. that's it.

Berbalik kepada heading di atas. buat come back ? come back apa ? aku ekceli nak cakap yang aku dah kembali di blog yang bersawang ini. tu jaa. ==' tetibe Allah bukak pintu hati aku untuk kembali menulis di sini. rindu nak main luah perasaan kat sini. puihhhh~ entry lama kebanyakan semua aku dah buang. sebab ? sebab aku dah tak nak ingat lagi kenangan silam. hahaha. yang berlalu biarkan ia berlalu bersama angin yang menderu. ada gaya cam novelis kan ? kan ? kan ? K.

Aku ni beria lebih. mula - mula je rajin hapdet. nanti bila dah busy. konpom belog ni berhabuk balik. Lagi laa, sekang tengah busy kan. assaimen ke mana, kerja kursus kemana. cissss ~ sekang ni pun aku tengah dalam proses nak mengupgeradekan belog aku yang nyawa - nyawa ikan nih. nak kasi lebih osem gitu. 

K. aku pun masih belum ber idea lagi nak menaip kat sini. jadi, aku nak blah dulu laa. ni testing jee dulu. dah lama tak meraban kan, so idea pun cam blur blur. k laa. out. daaaa ~ :)