Thursday 18 July 2013

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Assalamualaikum. :)

Amboi tajuk. macam tajuk novel. :3 well, kita berjumpa lagi di sini. dengan entry yang berbeza. hurmm. baru baru ni. aku telah dikejutkan dengan satu berita yang agak menyedihkan. ye yey yeee. keputusan STPM Semester ke dua. ye yee yeyyy yeaa. nampaknya. mengalami kemerosotan yang maha mendadak. aku tak nak ckp berapa yang jatuh. tapi. mmg teruk sgt.  ye yeee yeyyy. ni bukan dah terduduk lagi. tapi terbenam terus.

Sejujurnya, aku mmg tak boleh terima kenapa result aku seteruk itu. bukannya aku tak bersungguh-sungguh jawab. tapi itulah yang dinamakan takdir. mungkin, Allah nak uji aku masa sem dua. mungkin sem 3 aku dapat 4.00 ke. haaa. siapa tahu. dan tidak mustahil bukan ?

Takkpun sebenarnya, ada benda lain yang menghalang aku untuk aku meraih kejayaan. mungkin ? macam Umi dan cikgu lain kata. belaja memang ok. tp. hubungan kita dengan orang sekeliling tuh mcm mana ? terutama dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. kita tak tau kan kalau kita ada buat mereka terasa hati dengan kita. sejak aku masuk tingkatan 6 ni laa baru aku nampak perkaitan tu semua. yee. aku akui, benda tu memang mempengaruhi kita. ada masalah dengan manusia lebih susah berbanding dengan Allah. mana tahu ada salah yang tak dimaafkan ? sebab tu doa terhalang. mungkin aku ada laa ni silap kat mana mana dengan orang sekeliling aku.



Nak mintak maaf dekat semua org tak salah. walaupun kita tak buat salah. dengan itu hati mungkin lebih tenang berbanding sebelumnya. yeee. harus ada anjakan paradigma. sekarang dah bulan 7. lagi 3 bulan je aku nak menempuh alam persekolahan. kejap je kan masa berlalu ?

Dengan masa yang masih bersisa ni laa aku kena betul betul strugle. nak exam sem 3. nak repeat sem 1, nak repeat sem 2. dengan mini tesis a.k.a PBS. sakit kot kalau pk balik. memang tak ada masa dah. nak menulis dekat blog ni pun tak da masa sebenarnya. tapi aku curi curi waktu. sebelum aku nak stadi kejap lg. seriusly sgt takut bila fikir tentang masa depan.

Aku nak berjaya jugak macam org lain. teringin nak masuk U. tp dengan result yg hampeh. mampu ke aku masuk U? entah laaa. lagi 3 bulan jee. harap aku mampu bertahan sehingga ke garisan penamat. i'll make sure. sem 3 ni aku buat yang paling gempak. aku nak tebus balik kegagalan aku masa sem 2 lepas. insyaAllah. :') perlukan sesuatu perubahan. *semangat nyewww. :3

Sekarng dekat sekolah. aku dah kena tukar tempat duduk. harap harap benda tu boleh membantu aku utk berjaya. mana tau ada kaitan kee. hehe. aku rasa, cukup sampai di sini luahan hati aku yang dah lama aku simpan. harapan dan impian semoga aku mampu melakukan perubahan secara besar besaran dalam diri aku utk jangka masa 3 bulan dari sekarang ini. amin.

Kita akhiri majlis dengan tasbih kifarah dan surah al-As.

Friday 12 July 2013

JOM MASUK U ! :)

Assalamualaikum. :)

Malam yang indah bersama angin sepoi sepoi bahasa. Hello peeps. setelah sekian lama aku tidak memunculkan diri. pada tika ini baru berkesempatan untuk melakukannya. k. stop membebel.

Well, ekceli aku agak sibuk dengan hal yang berkaitan sekolah. pfts. yee. sangat sibuk. katanya. =.=
harini nak share sikit pasal kemasukan UPU. ke universiti ? what ever laa. tapi semalam kot kalau tak silap. semua student yang amek matrik dan STPM dah tau keputusan either dorang dapat masuk u ke tak.

Alhamdulillah, ramai member member aku yang berjaya tempatkan diri mereka ke sana. buat degree woi. jeles titeww. takpe. takpe. aku tahun depan pulak yee.

Aku just nak share, betapa excitednya aku tgk status abang abang and akak akak lepasan STPM sekolah aku yang dapat masuk u tuh. sonok aihh. disitu lah bermulanya perjalanan hidup dorang kan. berjauhan dengan keluarga. kena hidup sendiri dan sebagainya.

Kena kuat mental dan fizikal. kalau tak kejadian kejutan budaya itu besar kemungkinan boleh berlaku dengan rakusnya. aku pun ekceli tak sabar nak masuk u. nak cepat habiskan STPM. sepanjang aku hidup 19 tahun. aku masih belum lagi merasa bagaimana situasi di mana aku perlu berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang.

Tapi, kalau perempuan nak masuk u. paling cikai pun kena dapat 3.5 ke atas. pokok persoalannya disini. mampukah aku ? yee. mampukah ? haihhh. bila pk masa depan ni seram sebenarnya. sem 1 dah tahu result. InsyaAllah. result sem 2 nih akan tahu keputusannya isnin nanti. aku tak rasa apa apa lagi sekang. tapi aku tak harap apa apa pun. just berserah jee. sebab aku tau. aku main main sem lepas.


yakin boleh.
apa kaitan ? yee. barangkali ada. pfts. -.-


Sekang, aku hanya bergantung harap pada sem 3 je nih. tengok pada silibes. aku boleh grab. kalau konsisten tahap rajin aku. =.= nak tak nak kena buat betul betul laa. lagi satu sem je nih. taubat aku tak nak mengulang. haihhh. nasib baik laa sem 3 nih , mini tesis aku ada satu jee. well, nama kampung it was PBS. =.=

What ever it is. congrat kepada sesiapa yang berjaya tempatkan diri ke universiti. :) tahun depan turn aku dengan batch aku pulak. sangat mengharapkan yang aku dapat masuk u. dengar kata. abang abang u hensem belaka. eh ?

Well again, ekceli. aku sebenarnya tak tau nak jadi apa. dan tak tau nak masuk u apa. amek kos apa dan sebagainya. ikut mak aku. mak aku suruh jadi cikgu Sejarah. tapi masalahnya aku ni mampu ke jadi cikgu ? =..= entahlaa. cuma dalam kepala aku. u impian aku UM, UPM, UiTM. aku tak tau kenapa. tetibe terlintas. jadi tulis jee. jkjk.

Takpela. mungkin belum nampak lagi perjalannnya tu mcm mana. apa apa pun. kena study smart kalau nak berjaya. tinggal lagi satu sem. so let's rock and roll. *tetibe. alahh kecik. kau acah acah je nak stadi. tetibe semangat harini. esok lusa ? puih puihh. tapi harap harap semangat ni berterusan laa.

ok, penat membebel. aku rasa macam takde kesimpulan nak buat. so, kita akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-as. sekian.