Wednesday 26 February 2014

FIRST TIME DAN JAKUN ITU BIASA-SUSHI-POMPEII


Assalamualaikum. dan salam sejahtera salam satu Malaysia. bertemu kembali di ruangan theamani pada kali ini. kah. malas pulak aku nak bagi salam yang warna warni selalu aku guna tuh.

Penat. dan nak termuntah. rasa mual. gara gara sekepal sushi. hari ni tak memasal aku ikut Bam dengan Belon pergi Kluang. katanya laa kan nak pegi beli tiket. katanya. hujung hujung beli seluar jee. leceh betul jalan dengan gemok sorang nih. pilih seluar macam pempuan. lembs. hiks. btw, hari ini adalah hari yang osem keluar dengan budak dua orang tuh. 

mak tiri dan bapak. celabon family. kahkah.

Ada dua benda yang aku teringin nak buat selama nih yang aku tak pernah buat, telah aku buat pada hari ini. *hoi, belit belit sungguh. First. pegi main kerusi urut tuhh. ahaks. ingatkan best main mendalah tuh. ropernyeee. -.- kaki aku tak sampai untuk urut yang bahagian kaki tuh. membazir rm1 aku tau. 

aku tak tau nama nih apa. tapi rasa dia not bad.

dasar pelahap. yang pinggan biru tuh aku punya. sebab murah. 
RM2 je. hehe. harga ikut warna pinggan.

Second, makan sushi di Sushi King. kahkah. ini memang bebetul first time. ekceli aku rasa mual lepas makan mendalah tuh. erghhh. tapi disebabkan teringin dan ajakan daripada Belon. aku dengan Bam pun terpengaruh nak pegi makan situ jugak. 

siriyess dah lama sangat tak keluar dengan bambam macam nih.
 huhu. last masa form5 dolu dolu. tuh pun gigih naik bas tauuu.

Siriyes ahh. jakun abadi. dari mula datang sampai balik aku madah buat muka pelik je. aku syak, abang yang buat sushi kat sebelah aku tuh mesti gelakkan aku, orang makan sushi guna sepasang copsetik. tapi aku guna satu jee. kah. lantak engko laa bang kalau nak gelakkan pun. mungkin laa kan dia gelakkan. tapi aku syak memang dia gelakkan kot. -.- well, aku memang ditakdirkan untuk tidak pandai menggunakan copsetik. 

tu sebatang copsetik. bukan sepasang. 
aku pergi cucuk makanan yg aku makan tuh kat copsetik. 
lecehh betul. 

Tapi sebenarnya, sebelum pegi makan sushi tuh, kitorang pergi wayang dulu. ehhh, siriyes ahhh memang dah lama gilos tak tengok wayang cite inggeris. aku lagi suka tengok wayang cite inggeris berbanding melayu, sebab dapat feel bila tengok cite tuh nanti. hahaha. POMPEII2D . 

Kluang Mall. ^_^

Siriyes ahh not bad cerita nih. dia cerita pasal salah satu bandar yang ada di Kerajaan Rom. musnah disebabkan letusan gunung berapi. dan disaster nih memang bebetul terjadi beribu / berjuta tahun yang lampau. ada lawan lawan. aku memang suka cerita yang pesen pesen macam Pompeii ni. tapi kadang mengarut pun ada. tapi, aku suka. kah.

three of us. kecik. besar. besar sikit. hehe.

Dalam wayang tuh memang mulut aku jee bising antara kitorang bertiga. memang otomatik aku akan sering bertanya kalau aku tak jelas jika ada beberapa babak yang aku kurang faham. atau aku tak faham ape bende sebenarnya babak ni nak cerita.tapi, tengok pada mangsa, siapa yang tengok wayang dengan aku on that time. jadi tadi, sudah tentu Belon jadi mangsa aku. kahh. tengok laa engkorang yang belum tengok nih selagi masih ada di pawagam. *kengkonon jee.

ni jee kenangan yang aku ada untuk hari nih. haha.

Terima kasih untuk Ibam sebab sudi bawak aku pergi jenjalan. kehkeh. terima kasih juga untuk Belon walaupun takda benda yang aku nak terima kasih untuk kau. kah. so, that's for today. pahni aku nak ajak Alip pulak pergi makan sushi. hehehehehe. *lari betul cerita dengan gambar. -.-

so, what do you think. :p





Tuesday 18 February 2014

AMANI SI PENJUAL KEK



Dan salam sejahtera salam satu Malaysia. bertemu kembali di dalam ruang blogger themani pada kali ini. harini bersemangat nak update entry. sebenarnya, dah lama fikir nak post pasal mendalah ni dari minggu lepas lagi. tapi tuh laa kan. pemalasan tahap  yang sampai takda tahap. so, today. aku nak cerita dan nak berkongsi tentang pengalaman aku yang memang takkan dapat daripada mana-mana, waima daripada sekolah pun aku tak pernah dapat pengalaman nih.



Its sound interesting right? ekceli, aku sekarang tengah berjinak-jinak dalam bisnes buat kek. hehehehehe. you know? entah kenapa titibe aku terfikir nak buat bisnes nih. aku memang suka bisnes. tapi aku tak suka belajar akaun. sebab ada kira kira. ohhh. aku memang elergi dengan nombor. nak dijadikan cerita, kek pertama yang aku try buat is kek cekelat. yaa, kek cekelat. admit it, masa aku first time post kat facebook dan tulis ayat ayat promosi, aku segan. tak tau laa. tapi bila pk pk balik dalam bisnes nih buat apa nak segan segan kan? ini yang kau nak. so bila lagi. teruskan jelaa. 


Alhamdulillah, setakat nih, ramai yang nak order kek dari aku. buat masa nih aku hanya jual kek coklat dan kek keju sahaja. akan datang akan diberitahu dari semasa ke semasa. pengalaman yang aku takkan lupa is masa aku buat penghantaran dari rumah kerumah Ahad lepas dengan ditemani encik Alif merangkap driver sementara aku. ingatkan senang weh nak hantar. habis segala lorong aku masuk. dengan salah rumahnya lain. salah masuk jalannya lain. sampai maghrib aku hantar. kerenah pelanggan lagi yang asyik tanya mana order diorang. tapi aku tak salahkan mereka. silap aku sebab masih belum pandai nak adjust masa. mumula tuh aku memang dah give up. sebab payah nak cari rumah orang. tapi bila dah dapat hasil dari jualan kek tuh. aku rasa puas kot. and aku bersemangat balik nak teruskan jualan aku. hihi. 


InsyaAllah, impian aku untuk ada bisnens sendiri nanti akan tercapai. D'Amani Enterprise gittew. sekarang nih aku nak kutip dulu pengalaman. mungkin sebab mak ayah aku pun orang bisnes, jadi aku pun cenderung ke arah itu. apa apa pun Good Luck untuk diri aku. hehew.



p/s: Area Bandar Tenggara Kulai Johor dan yang berdekatan dengannya.

Sunday 2 February 2014

TYPICAL MALAYSIAN: BILA PANTANG TENGOK KAWAN DAH GAJI


Hello readers. masuk bulan ke dua tahun 2014 dan aku baru ada mood nak update entry baru. well said, banyak kekangan yang berlaku lately nih. har har. kalau cakap malas je kenapa kan. tapi hari ni, mood aku tiba-tiba ada untuk meluangkan masa bersama pembaca ku yang setia. cehh. 

Ok, back to the topic. majoriti aku rasa mesti pernah melalui situasi tersebut. izinit? yaaa, kerana aku juga tidak terkecuali. biasalaa. dah hujung hujung bulan kan. mesti laa gaji masuk. nak dijadikan cerita ramai jugak kawan-kawan aku yang dah bekerja. seronok laa depa berjimba dengan duit hasil titik peluh sendiri.  tapi ada jugak yang tak bekerja menganggur atau sedang sambung study. well, benda paling common laa kan bila kawan yang tak bekerja ni mintak kawan yang dah bekerja ni belanja diorang. tak kesah pun sebenarnya. tapi kann. kalau selalu mention mintak suruh orang lain belanja hang, orang yang dengar ni pun  meluat jugak.

Aku paling tak berkenan orang macam tuh. lagi over, lagi dua, tiga minggu lagi nak gaji dah mention. '' Weh Abu, nanti gaji belanja aku. takkan dengan kawan pun berkira '' '' Peah, nanti gaji belanja I laa. tengok wayang ke, makan-makan. jangan lupa kawan. '' dan perkara tersebut sentiasa di ulang-ulang walaupun dengan bentuk ayat yang berbeza. sekali dua kali tahan beb. kalau dah lebih sepuluh kali? tak ke semak tuh?

Orang tuh penat-penat kerja siang malam, ber ot bagai. kau senang je mintak dia belanja. bukan laa nak kata kedekut. tak. tapi ada rezeki ada laa. gaji pun bukan besar mana. nak bagi family lagi. nak puaskan kehendak sendiri lagi. mungkin kalau yang bestfriend selalu keluar sesama tu nak cakap macam tu takpe gak. ni kau sape? memang la member. tapi member yang bila tengok kawan dia dah senang, time tu baru dia kejar. bila kawan dia ni tak ada kepentingan, tengah susah, buat-buat tak kenal. lepastu kau pulak over mintak dibelanja. mintak kalau sikit-sikit tak ape. ni mintak yang entah hape hape. haah, memang diorang tuh kerja nak bagi kau kesenangan.

Tipulah kalau aku tak pernah cakap macam tu kat kawan-kawan aku kan. aku cakap. dah gaji nanti belanja laa aku. itu aku gurau jee. tak mengharap langsung. dan aku tak pernah pun ulang banyak beratus kali pasal benda tuh. setakat gurau-gurau. tak ada laa sampai sepanjang masa nak menuntut. aku pun reti malu jugak. kadang kalau diorang cakap. haa yelaa. insyaAllah k. aku iyekan jee. kadang nanti aku bagitahu yang aku sebenarnya bergurau sahaja. 

Kalau nak buat konsep adil dan saksama. buat aje laa macam ni. bulan ni kau belanja aku. bulan depan aku belanja kau pulak. takda sebelah pihak yang makan hati. asyik dia je kena keluar duit. yang lagi sebelah pihak kenyang makan duit orang. kerja tak nak. duit orang nak. tapi sebenarnya, ada jugak member yang sama-sama dah bekerja. tapi dia tak nak keluar duit dia. dia mintak kawan dia yang belanja. padahal dia sendiri baru dapat duit. orang macam ni lagi kurang ajar. wah wah. abestu, duit kau tuh nak buat ape? pekasam? aku sure, orang-orang jenis macam ni mesti ada dan akan ada disekelilling korang.

Masa sekolah dulu tak rasa lagi. ni sekarang. dah habis sekolah, baru aku rasa bebenda macam nih. sebab duit boleh putus sedara. sebab duit boleh berbunuhan. gittew. kena pepandai kawal diri. nafsu semua nih. hahak. ok laa. adios. :)