Post kedua untuk hari ini. haha. k. nampak kan heading di atas ? ekceli aku tergerak hati nak buat entry pasal ni sebab kat pesbuk skang, warga Bandar Tenggara dan yang seangkatan dengannya duk kecoh pasal abang dan akak polis yang semakin bermaharajalela di kawasan tersebut.
Yayayaya, semenjak dua menjak ni, mereka kelihatan aktif untuk mencari 'mangsa'. kata kawan aku, sekang memang tengah 'opss polis'. dalam sebulan lebih camtuh. tu pasai laa polis polis ni rajin bersiar-siar menghirup udara segar.
Haritu aku pun kena dah dengan abang polis. nasib baik aku kena tahan dengan polis biasa yang berbaju biru tuh. beliau bagi warning jee. kalau aku dpt abang baju putih ? mau aku kena saman RM300 ? mmg puihh laa kan. kena tahan dekat depan Fresh Hub kot. malam masa tuh. malu jangan cakap ahh. =='
K, berbalik ke pangkal jalan. aku cuma nak kongsi pasal jenis kesalahan trafik dimana antara kesalahan tersebut ialah TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR dan ia merupakan salah satu kesalahan yang serius. Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334).
Di bawah akta ini, denda minimun ialah RM300.00 dan boleh mencapai RM10,0000.00 mengikut kesalahan yang dilakukan. kenderaan anda juga boleh disita dan dilucut hak. _bernama.
Haha. ni apa yang aku research tadi. dan antara lapan jenis kesalahan lain yang serius yang berlaku di Malaysia ialah :
- Tidak memakai tali pinggang keledar
- Memandu melebihi had laju
- Memotong di garisan berkembar
- Memotong barisan
- Tidak mematuhi lampu isyarat
- Menggunakan lorong kecemasan
- Memandu secara berbahaya
- Membawa muatan lebih had
Tenenenene. muehehe. aku pun baru tau weh, kalau tak ada drama kisah polis dan helmet dekat Bandar Tenggara ni, aku pun tak tau benda nih dan for sure aku pun takkan research benda ni.
Jadi konklusinya, sila pakai helmet jika membawa motosikal tidak kira di mana jua destinasi anda.
orang yang duduk kat belakang sebagai penunggang pun kena pakai. okey! *cough. aku pun dah takut dah nak keluar g mana - mana sekang. tadi masa g sk ada kena kemas bilik pengawas aku sanggup suruh mak aku hantar naik kereta, tak nak naik Athirah sebab takut polis. *ekceli tak nak sarung helmet. ahaha. =='
Ni apa yang aku dapat cari tadi. kalau ada terkurang, terlebih ke tersalah info ke atau ada info tambahan pasal kesalahan trafik ni aku mintak mahap laa yee. :)
*PAKAI HELMET ITU COMEL*
No comments:
Post a Comment