Assalamualaikum :)
Selamat petang. hihi. well, aku baru balik dari kedai cermin mata, nak renovate spek baru. insyaallah dalam hari khamis ni aku dah berwajah baru. haha. power tinggi jugak laa. mau dalam 275+50 silau sebelah kanan. 200+22 silau sebelah kiri. tidak boleh tidak aku memang kena sentiasa berspek. =='
Ok, back to the topic. harini aku dapat satu pengalaman baru. you know what ? aku jadi pengacara majlis perhimpunan rasmi. haha. sumpah aku dah lama tak bercakap depan public. gigil boleh ? tapi aku happy laa sebab dapat laksanakan tugas aku dengan baik. i guest ? aku dah survey member member aku. dorang kata suara aku jelas dan kuat. tapi kecik. ==' k, tengoklah badan aku cemana kan ? dengan kena pakai kotnya lagi. dah la saiz L. gabak tak gabak aku pakai.
Siriyes talk, sebenarnya kan. benda benda macam ni boleh buat kita bertambah yakin dengan diri kita. ohh yaaa, ekceli salah satu cara untuk kita nampak yakin dengan diri kita adalah dengan bercakap depan orang ramai. *maksud sama tapi ayat berbeza. -.- tak ramai yang tak berani buat. jadi, kira satu bonus pada kita kalau kita boleh bercakap depan public. :) mula-mula memang rasa malu. tapi bila kita dah terbiasa, kita akan rasa seronok dan kita mesti teringin nak bercakap depan public lagi.
Sebenarnya banyak cara. another one yang korang boleh buat untuk beri keyakinan pada diri korang is melalui penampilan korang. orang akan pandang melalui penampilan. seriously. bila kita pakai smart, cantik, wangi mesti semua orang suka kita kan. dan semestinya impression orang yang pertama kali tengok kita, mesti dia fikir yang kita ni berkarisma tinggi. walaupun sebenarnya kita ni tak delah hebat mana, izzit ? jadi, cara penampilan kita pun mempengaruhi keyakinan kita jugak. kita pun tak segan nak jumpa dengan orang tu dengan orang ni.
Penampilan pun tak cukup. benda yang paling simple cemana nak tingkatkan keyakinan diri is. bergaul dengan orang lain. takkan la kau nak duduk dekat dalam satu komuniti jee. contoh la kan. kalau sebelum nih, kau reti bergaul dengan kawan kelas kau jee. apa kata kau cuba bergaul dengan kawan yang berlainan kelas. prediksyen aku, cara ni sesuai untuk orang orang pemalu. haha. tapi boleh jugak digunakan kalau nak jadikan kita be more confident. eh, ada tau manusia manusia yang macam nih. dia kawan dengan kawan kelas je. dengan kelas lain bajet reti pulak dia nak bergaul. jadi, mulakan dari bawah. tak mintak pun cakap atas stage ataupun cakap kat depan orang ramai. cuba laa dulu berani mengauli ( mengauli? ) diri berkawan dengan orang lain. dekat situ, sikit sikit kita dah boleh buang rasa malu kita, dan kita akan lebih relax serta confident bila jumpa dengan orang lain. takdelah malu memanjang kan.
Ni prediksyen aku laa cemana nak be more confident. haha. well, aku tak sempat nak buat research dengan lebih detail. jadi apa yang aku tulis ni semua ikut apa otak aku fikir. kira apa aku rasa benda tu betul, aku taip jee. tapi bukan semberono. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri jugak. well, lain orang lain cara kan ? maybe korang ada cara lain cemana nak built your self more confident. izzit ?
Tapi aku prefer untuk bercakap depan public. sebab benda tuh pada aku lebih buat kita rasa yakin dengan diri kita. tu cara aku. haha. ohh yaa. aku lupa. thanks to the Farhan bin Abd Ghafar sebab tolong aku *ekceli more to beri kerjasama yang baik* masa jadi MC tadi. haha. dah la aku pendek. sampai tertonjet aku nak bercakap. sebaik mic boleh bukak.
So, harini Isnin, 07 / 01 / 2013 will be the best moment? for me. haha. poyo lebih. ok, i have to go. soo, peace yaww. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment