Sunday, 2 February 2014

TYPICAL MALAYSIAN: BILA PANTANG TENGOK KAWAN DAH GAJI


Hello readers. masuk bulan ke dua tahun 2014 dan aku baru ada mood nak update entry baru. well said, banyak kekangan yang berlaku lately nih. har har. kalau cakap malas je kenapa kan. tapi hari ni, mood aku tiba-tiba ada untuk meluangkan masa bersama pembaca ku yang setia. cehh. 

Ok, back to the topic. majoriti aku rasa mesti pernah melalui situasi tersebut. izinit? yaaa, kerana aku juga tidak terkecuali. biasalaa. dah hujung hujung bulan kan. mesti laa gaji masuk. nak dijadikan cerita ramai jugak kawan-kawan aku yang dah bekerja. seronok laa depa berjimba dengan duit hasil titik peluh sendiri.  tapi ada jugak yang tak bekerja menganggur atau sedang sambung study. well, benda paling common laa kan bila kawan yang tak bekerja ni mintak kawan yang dah bekerja ni belanja diorang. tak kesah pun sebenarnya. tapi kann. kalau selalu mention mintak suruh orang lain belanja hang, orang yang dengar ni pun  meluat jugak.

Aku paling tak berkenan orang macam tuh. lagi over, lagi dua, tiga minggu lagi nak gaji dah mention. '' Weh Abu, nanti gaji belanja aku. takkan dengan kawan pun berkira '' '' Peah, nanti gaji belanja I laa. tengok wayang ke, makan-makan. jangan lupa kawan. '' dan perkara tersebut sentiasa di ulang-ulang walaupun dengan bentuk ayat yang berbeza. sekali dua kali tahan beb. kalau dah lebih sepuluh kali? tak ke semak tuh?

Orang tuh penat-penat kerja siang malam, ber ot bagai. kau senang je mintak dia belanja. bukan laa nak kata kedekut. tak. tapi ada rezeki ada laa. gaji pun bukan besar mana. nak bagi family lagi. nak puaskan kehendak sendiri lagi. mungkin kalau yang bestfriend selalu keluar sesama tu nak cakap macam tu takpe gak. ni kau sape? memang la member. tapi member yang bila tengok kawan dia dah senang, time tu baru dia kejar. bila kawan dia ni tak ada kepentingan, tengah susah, buat-buat tak kenal. lepastu kau pulak over mintak dibelanja. mintak kalau sikit-sikit tak ape. ni mintak yang entah hape hape. haah, memang diorang tuh kerja nak bagi kau kesenangan.

Tipulah kalau aku tak pernah cakap macam tu kat kawan-kawan aku kan. aku cakap. dah gaji nanti belanja laa aku. itu aku gurau jee. tak mengharap langsung. dan aku tak pernah pun ulang banyak beratus kali pasal benda tuh. setakat gurau-gurau. tak ada laa sampai sepanjang masa nak menuntut. aku pun reti malu jugak. kadang kalau diorang cakap. haa yelaa. insyaAllah k. aku iyekan jee. kadang nanti aku bagitahu yang aku sebenarnya bergurau sahaja. 

Kalau nak buat konsep adil dan saksama. buat aje laa macam ni. bulan ni kau belanja aku. bulan depan aku belanja kau pulak. takda sebelah pihak yang makan hati. asyik dia je kena keluar duit. yang lagi sebelah pihak kenyang makan duit orang. kerja tak nak. duit orang nak. tapi sebenarnya, ada jugak member yang sama-sama dah bekerja. tapi dia tak nak keluar duit dia. dia mintak kawan dia yang belanja. padahal dia sendiri baru dapat duit. orang macam ni lagi kurang ajar. wah wah. abestu, duit kau tuh nak buat ape? pekasam? aku sure, orang-orang jenis macam ni mesti ada dan akan ada disekelilling korang.

Masa sekolah dulu tak rasa lagi. ni sekarang. dah habis sekolah, baru aku rasa bebenda macam nih. sebab duit boleh putus sedara. sebab duit boleh berbunuhan. gittew. kena pepandai kawal diri. nafsu semua nih. hahak. ok laa. adios. :)



No comments:

Post a Comment