Tuesday, 31 December 2013

3 PERKARA ASAS YANG KORANG SELALU NAMPAK BILA TAHUN BARU TIBA DI LAMAN SOSIAL.


Dan bertemu kembali. Well, dah lama aku tak singgah sini. you know what aku rasa malas gila nak menghapdet. Harini baru ada mood. Kebetulan sangat, dah nak masuk Tahun Baru. elok kiranya aku buat entry baru. Lagi beberapa jam sahaja lagi angka 3 angka ditukar kepada angka 4. kau tahu apa maksudnya ? maksudnya, kita semakin tua, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui dan yang paling penting kita semakin menghampiri mati. hmmmmm.

2014. ini bermakna. aku menjadi semakin dewasa. kau tahu lagi sekali. aku dah masuk 20 tahun. dah takda angka 1 lagi kat depan. dan opekos benda tu buat aku rasa macam excited, macam gumbira, macam blur dan bermacam lagi perasaan. tak sangka aku masih lagi hidup. cabaran semakin terbentang luas. dan aku kena siap sedia untuk hadapinya. kemain.



Korang dah membazir 3 minit 05 saat baca intro yang panjang abadi tuh. ok, sebenarnya nak cerita yang hini haa. kah! well, sure korang perasan, akan ada benda common yang kita lihat bila New Year tiba. yeee. tiga asas utama. well said, kat laman sosial dah berlambak. kengkadang annoy jugak. tapi sebenarnya aku pun buat kot. hiks.  aku syak korang tahu tiga asas tuh.

1. LAWAK NEW YEAR YANG. . .(CENSORED)

Benda nih dah berkurun kot aku rasa. setiap kali New Year masuk. lawak ni jugak laa yang dibawa ketengah. 
'' Jangan masuk tandas pukul 11.59 malam, sebab kau akan keluar pada tahun hadapan. ''
'' Jangan riplai chat Bf atau Gf lepas  31/12/2013 jam 11.59 malam. Nanti dia bebel : saya chat awak tahun lepas, tahun ni baru awak nak riplai? ''
Kau tahu ? lawak nih dah tak relevan lagi. dah 2014 dan kau masih guna lawak jamban nih lagi ? ohhh, kemon. dulu mungkin laa yee. tapi sekarang dah macam annoying kau tahu tak ? please laa. 
bak kata @juhunrujuluwuk [ '' Masuk tandas tahun 2013, keluar tahun 2014 ''. Percayalah, malam ni akan ada punchline ni. ]  yaaa. ianya memang sahih lagi benar abadi. bersepah dekat twitter dan facebook. 



2. AZAM TAHUN BARU

Kau akan nampak ramai gila yang update azam sungguh-sungguh nih, supaya tahun baru yang akan datang akan diberi sinar bahagia yang terang lagi menerangi. tapi, majoriti daripada mereka masih belum lagi tunaikan azam mereka untuk tahun-tahun yang sudah. termasuklah dengan aku. kah! tapi aku rasa, setiap kali New Year. aku masih sama macam nih. tahun je berubah. tapi perangai tak berubah.

3. BATCH94 SIBUK DENGAN ANGKA DUA

Yaaa, sudah pasti aku jua begitu excited. aku syak setiap kali batch yang umur dia dah tukar dari angka 1 dihapadan menjadi angka 2 konpom excited. macam batch-batch yang sudah. tahun nih giliran batch94 pulak yang excited dengan angka 2 tuh. macam macam perasan ada. umur semakin meningkat. gaya dan pemikiran pun mesti kena lebih matang. dah dewasa kate kooo. gilaa tak excited. dah 19 tahun pegang angka 1 kat depan. ni dah dapat angka 2, kira macam jakun sikit laaa. hiks. 



Yeee. begitulah adanya warna warni tahun 2014 nih. aku masih seperti ini. umur hanya angka, tetapi aku masih gigih kekalkan ke-awet-muda-an aku. kah! apa-apa pun. SELAMAT TAHUN BARU kepada semua. Catat laa coretan 2014 ini dengan sebaiknya yang boleh dijadikan memori  terindah untuk diingati. kemainn kau ayat. 
Ohh yeee, ini hanyalah pendapat aku semata. kalau korang jumpa benda benda lain yang biasa bagi korang tuh. so, korang boleh anggap ianya benda biasa berlaku bila Tahun Baru tiba. hapebenda bm aku nih. okbai.



No comments:

Post a Comment