Wednesday, 25 December 2013

JUDGE ME ? SORRY, YR TOTALLY WRONG.


Pernah tak awak dan kalian semua berada dalam situasi macam ni, ataupun lebih kurang begini.

A : '' Kau tengok tuhh. minah tu sombong gilaa sehh. Senyum pun tak nak ''
B : '' Mana kau tahu ? ''
A : '' Tengok muka pun dah tahu. Kerek nak mampos. Senyum pun tak nak. Muka nak tegeng jek. Macam la lawa sangat. ''
 *tibe tibe nampak C kawan kepada A dan B tegur minah tuh. kelihatan mesra sekali. bertepuk tampar      bermesra ria. lalu datang pula si C kepada A dan B kerana dah terserempak.
A : '' C, kau kenal budak tuh ? ''
C : '' Kenal laa, budak kelab aku laa. peramah budaknya. kenapa ? ''
B : '' A kata budak tuh sombong. Muka nak kerek jee. ''
: '' Ohh. Haha. Takdelah. Dia okey. try kawan. Kau akan nampak sudut dia yang lain. Dia tuh otak gila-gila. Muka dia memang macam tuh. Tapi kalau dah kenal. Asyik nak ketawa jee nanti dengan dia. ''
A & B : " Ohhhhhhhhhh. ''

Okk. mungkin cerita aku agak keterlaluan panjangnya dan sangat cliche abadi. -.- tapi lebih kurang begitu laa. kita selalu tafsir orang melalui pandangan pertama. kalau tengok muka orang tu nampak MACAM sombong. terus kita label dia sombong. padahal, dia tak delah macam tu pun perangainya. kita cakap macam tu sebab kita tak kenal dia luar dalam lagi. yaaa. sama macam aku. ramai kata aku muka sombong. dan kadang kadang nampak muka sedih. T.T sebab satu jee. aku memang tak pandai nak senyum kat orang. mungkin laa. aku pemalu. yaaaaaaaa. tapi, kalau dah bebetul kenal aku. kau orang akan tengok aku dari satu sudut pandangan yang berbeza.



Bukan tuh je. banyak lagi sebenarnya, contoh macam. kita tengok dari gerak gaya. dia nih macam tak pandai buat kerja. atau tak layak nak sandang jawatan yang dia dapat. padahal kita tak tahu lagi kerja dia macam mana. dan dari situ kita ragu ragu dan kurang yakin dengan kebolehan dia. sekali bila tengok hasil dia, ok ianya sangat mengkagumkan dan kebabomm. situasi itu biasa sangat kan. of kos benda ni selalu sangat ada dekat sekeliling kita. nak cite kena buat 4 entry karang. *mata keatas tangan kedada*



Hmmm. kita nak ubah persepsi orang tuh memang agak sukar. sebab kita sendiri pun tak tahu isi hati orang ni macam mana kan. tapi, kita boleh ubah dengan melalui cara kita sendiri. yelaa. sape lagi nak ubah kalau kita tak nak ubah kan. basic asas. senyum. yaa. mungkin dengan banyakkan senyuman tapi tidak la 24 jam sehari dan tanpa hala tuju senyuman anda itu. senyum bila perlu. dan anda rasa begitu hebat. puihh. -.-



Manusia memang suka ambil pandangan pertama dia terhadap seseorang sebagai pandangan yang paling tepat dan sahih tanpa mengetahui karakter sebenar seseorang itu.

Well, don't judge a book by its cover. 








No comments:

Post a Comment