Assalamualaikum :)
Yee, masih disini dan tetap disini. ok, harini tak boleh nak intro panjang sangat. sebab nak rush pergi rumah makcik aku kat Anggerik. dia suruh teman sebab laki dia outstation sampai ahad. jadi sementara menunggu ketibaan makcik aku datang amik aku dan adik aku. aku usha jap blog nih.
Haaa, aku saje je nak kasi petua atau usaha macam mana nak barang kita yang hilang dijumpai semula sebab ada sorang kawan aku ni, dia memang selalu sangat hilang barang. yang berharga pulak tuh. masa sekolah STPM dulu. dia pernah hilang moto, sebab kunci moto tertinggal dekat moto, ni yang latest dia bagitahu aku, dia hilang wallet pulak dah. -.- masa balik dari kerja kelmarin. dah laa semua benda penting ada dalam tuh, i/c, lesen, gambar mak ayah, gambar bakal isteri, duit, semuaa laa.
Jadi aku terfikir, why not kalau aku bagi kongsi amalan atau petua hilang barang nih kat reader. sebab, aku ada laa jugak bagi amalan doa hilang barang kat kawan aku masa dia hilang moto dulu. memang tak dapat laa moto asal kan. tapi dia dapat yang lebih baik daripada tuh, at least Allah gantikan yang lebih baik laa kan, hmmm. sebab,sebulan lepas dia hilang barang tuh, dia dapat tahu siapa pencuri moto dia (nak cerita panjang sangat) second, dia dapat lesen kereta dah (pun nak cerita panjang sangat) and last buat not least, sekang dia tengah tunggu insuran untuk moto dia yang hilang tuh, so boleh laa di beli moto baru. see, banyak betul nikmat yang Allah gantikan dengan kehilangan moto dia tuh.
Ada banyak doa yang boleh diamalkan, yang penting mestilah yakin barang tu kita akan dapat semula, kalau tak dapat tuh doa banyak sket. kalau barang yang hilang tu nilai atau harga dia besar, maka kena la besar jugak usaha kita, atau mungkin kita dah sungguh sungguh nih doa, tapi masih tak dapat. cuba cek hubungan kita dengan Allah, atau kita ada buat apa-apa dosa ke tak kira laa dengan Allah ke dengan manusia. Istigfar bebanyak, muhasabah diri. InsyaAllah, semuanya dipermudahkan. tapi kalau tak dapat barang asal yang hilang tu pun takpe. yakinlaa, Allah akan beri yang lebih baik daripada yang sebelumnya. :)
Amalan satu :
baca doa ni pada bila bila masa atau pun setiap kali selepas solat. baca banyak kali dengan yakin. InsyaAllah barang yang hilang itu akan ditemui.
Amalan dua :
pun sama, baca doa nih pada bila-bila masa setiap kali selepas solat dengan istiqamah. semua yang berlaku adalah di atas kekuasaanNya.
Amalan tiga :
Buat solat sunat hajat semoga barang kita yang hilang tuh dijumpai kembali. sambil tuh boleh jugak baca doa yang aku dah bagi dekat atas tu atau doa lain. selawat banyak kali.
Amalan empat :
Dah alang alang buat solat hajat tuh, baca laa Yasin sekali. besar syafaatnya. kalau nak lebih muarab atau afdal, setiap kali berhenti pada perkataan ''mubin'' berhenti dan doa laa supaya barang yang hilang tu dijumpai kembali.
Mudah-mudahan perkongsian aku pada kali ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk korang. ini pun aku banyak research dari blogger lain. dan dari images google. heee. sebenarnya ada banyak lagi doa untuk cari hilang barang, tapi ni jee yang aku boleh bagi. adios. selamat berjumpa dengan barang yang hilang. ^_^
Setiap apa yang berlaku adalah di atas kekuasaanNya. kita hanya mampu merancang, tetapi Dialah yang berkuasa menentukan segalanya. Kun Fa Ya Kun. Waallahualam. :)
*gilaa rush. takut makcik dah sampai nak amik aku. hahak. kbai. :)
No comments:
Post a Comment