Sunday, 22 December 2013

TAK BOLEH TENGOK ORANG LAIN LEBIH LAH DIA NI !!


Wahhhh. teraaaa ~ hebat tak ' Assalamualaikum ' aku ? cantik kan ? and of kos, perasan tak blog aku dah bertukar warna ? cantik bukan ? semestinya. yaaa. kredit kepada blogger-blogger terkenal yang dah bagi tutorial macam mana nak cantikkan blog dan kredit kepada adik kesayangan lagi tercinta yang tolong make over blog aku ni menjadi blog yang gojes dan osem. upahnya ? sudah tentu lah ciuman yang penuh dengan ikhlas dan kasih sayang sebanyak 5 kali disetiap pipi kanan dan kiri. *malangnya, adik aku yang cantik tuh (selfie) tak nak terima ciuman tersebut dari aku. sobs. :'(



Okey, hari ni baru aku nak update. sebab aku tiada idea nak keluarkan entry apa. tapi lepas aku dah berjaya make overkan blog aku ni, (konon aku yang buat) baru laa tercetusnya ilham. masa aku tengah edit edit blog nih, of kos laa kena BW dekat blog orang lain kan. lagi-lagi blog-blog yang memang dah sediakan tutorial on how to make a gojes blog like mine. *terabur enggelishhh. jadi, dekat situ. memang rambang mata. tengok blog ni, eh cantik. nak blog macam dia. tengok blog tu, eh menawan. nak blog macam dia. and blablabla. tapi paling sadis tengok blog adik aku. ehh, how come she can make an osem blog. very naisss. ok, i'm totally jelesssssss. Aida! buatkan blog aku cantik macam blog kau, and if can, lebih cantik dari blog kau.


So, the part is, nampak tak kat situ yang aku ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari aku ? HAHA. -.- atau mungkin, boleh juga diklasifikasikan sebagai sifat hasad dengki. yeeee, hasad dengki. hasad dengki is, satu perasaan yang membuatkan kita rasa nak perfect dan nak lebih baik dari orang, and kita memang tak boleh nak tengok orang lain lebih. bila kita nampak ada yang lebih dari kita, mesti kita nak lawan dia atau nak setanding dia malah lebih dari itu. sebab benda tu akan menjadi kepuasan pada kita.



Well, ada baik buruk jugak kalau kita ada perasaan hasad tuh. ehh, jap. tapi aku konfius laa sama ada perasaan hasad dengki dengan perasaan tak boleh tengok orang lain lebih dari dia tuh sama ke tak. tapi aku rasa lebih kurang laa. adik beradik tak seibu. mungkin laa. kadang, benda tu boleh jee ada wujud sikit dalam hati kita, asalkan ianya tak memudaratkan, dan ianya hanyalah bertujuan untuk memajukan dan meningkatkan kualiti prestasi diri kita. simple example. pelajaran. kita dengki tengok kawan kita dapat best student kat sekolah. senang cerita jeles laa semua cikgu pandang dia je sebab dia boleh bawa harapan pada sekolah. sedangakan kita ni tak kurang hebatnya. 



Jadi kita tekad, untuk bersusaha supaya dapat naik martabat sama tinggi dengan orang tersebut. buat laa preparation pa suma. stadi lebih sikit kaa apa kaa. and the last kita berjaya dapat capai ke target yang kita mahu malah mungkin lebih dari orang yang kita hasadkan tuh. tu benda bagus. sebab kita lawan diri kita untuk ke arah kebaikan. tapi yang tak bagus dia, bila kita mula timbul rasa bangga diri. haa, itu salah. balik pada niat kita semula, kenapa kita nak berada dekat tempat yang kita dah berjaya capai tuh. adakah sebab inginkan pujian dari manusia atau sebab nak cabar kemampuan diri sendiri. tapi sebenarnya, benda tu pun sedikit sebanyak mesti ada tercait sikit dalam hati kita kan.



Macam aku laa, aku tengok blog cantik jee, haa nak macam dia laa itu la ini laa. sebab aku pun jenis tak boleh tengok orang lain lebih dari aku. tapi, bila aku dah berjaya buat benda nih, ianya menjadi kepuasan buat aku sebab tengok blog sendiri cantik. masalah jugak dengan penyakit nih kan. tak silap aku masa belajar syariah dulu, hasad ni merupakan salah satu daripada syirik kecil atau khafi. anak anak dia yang lain is ujub (hairan dengan kelebihan diri) , riak (berbangga diri) , dan takkabur (menunjuk-nunjuk). ok, its not good to have the feel. tapi manusia. mesti semua orang pernah rasa macam tuh, even kadang kita tak sedar pun ada perasaan tuh dalam diri.

Nak ubah boleh, slow slow laa. aku ni pun entah laa. pernah jugak terfikir, tapi nanti kadang benda tuh datang sendiri. mungkin ambil masa barangkali. but, the point is, benda nih, sebenarnya lebih pada keburukan kot. tapi kalau kita pandai balancekan, InsyaAllah, there's nothing to be worries. asalkan niat kita Lillahitaala. :)




No comments:

Post a Comment