Assalamualaikum.
Sendiri lagi hari ni. takpe. aku masih okey. :) well, macam biasa laa aktiviti harian aku. makan. tidur. kemas rumah. dan tambah aktiviti baru. tidur rumah atok mama. kih. semenjak menjak tengok astewo beyond kat umah atok aku. aku madah tengok cite masak-masak jee. entahh. aku memang suka tengok cite yang berkaitan makanan nih. tak tau laa kenapa. biasa aku tengok AFC atau Food Network. kalau remote tb aku pegang. memang dua channel tuh je laa selalu aku tengok. kih. penyudahnya, bila aku masak sekarang. memang feeling feeling macam tengah dalam cite cite kat channel tuh laa. haha. membajet jee tahu. pengaruh tb kuat betul aku nih. -.-
Hmmm, sekarang. phone sunyi. dah tak macam dulu. takda text, takda call. handphone sekarang hanya berfungsi untuk twitter, instagram, wechat dan youtube sahaja. sebab dia dah mula bekerja. imagine that ? dari 5.30 pagi sampai 7.00 malam. tuh pun balik rumah nak rehat ape semua, pukul 8.30 laa lebih kurang atau sebelum pukul 9. baru ada masa untuk aku. on the phone katanya. borak sekejap. tak sampai setengah jam. then dia tidur. penat. kesian jugak aku dengan dia sebenarnya. penyudahnya, aku laa konon teman dia. telefon tak mati. masih lagi hidup. tapi tak bersuara. ala-ala teman laa katanya. serupa jee sebenarnya kalau aku matikan pun. dia tetap tidur. maybe rasa lain. ada aura aku kot. macam rasa aku nih sebelah dia bila tidur kalau handphone tak matikan. kahkahkah! *macam sekarang yg aku buat nih. -.-
Membazir pun yee jugak. membazir masa berbual free yang digi bagi. pheww. tapi tak peelaa. aku kan isteri yang mithali. kena laa ikut cakap suami. hek (bakal. insyaAllah) jadi kesimpulan dia. sama jee. aku ni mmg tak contact dia sehari semalam pun kalau nak diikutkan. setakat mcm tuh. mmg boleh diibaratkan tak contact langsung pun pada aku. aku tak tau ape aku rasa. sumpah. tak tau nak cakap cemana. tapi, aku selalu pujuk hati aku. bila hari-hari kau dah lalui benda yang sama. jadi, kau dah biasa nanti. just rilek. baru dua hari jee kot situasi ni berlaku pada aku. gelabah lebih. -.- kah! aku harap sangat. aku kuat. dan akan faham situasi sekarang yang memang dah jauh beza dengan dulu. aku tak kesah. for sure. yaaa. :) pada aku. aku takde ape ape perubahan. tapi mungkin, kena bagi aku masa laa kot untuk biasakan dengan perubahan nih.
Yelaa, dulu handphone aktif betul. 24/7 mesej dan call masuk. sekarang ? tak sampai 10 mesej tak sampai 10 call. sebab tu culture shock. hak! cuma nak cerita. aku harap sangat hati aku nih tak goyah. aku takut sebenarnya. sebab aku tahu aku ni pesennya macam mana. kita pun tak tahu kan akan datang nih macam mana keadaannya. kalau nak cerita pasal nak tetapkan hati nih. memang payah. manusia boleh berubah. sekelip mata. tapi, hanya doa sahaja yang boleh buat hati kita kekal.
Macam nak berubah jugak. kita berubah nak jadi manusia yang lebih baik. tak nak buat jahat. and blabla. mesti akan ada punya dugaan yang datang. untuk uji, sejauh mana hati kita boleh tahan dugaan tuh. kadang, Allah sengaja bagi kita rasa, bolak balikkan hati kita. nak tengok, sejauh mana kita boleh kekal dan tetapkan hati kita agar berkedaan seperti yang kita inginkan. *mcm tak sampai pulak apa yang aku nak cakap nih. -.-
Macam tuh laa hati aku. aku takut. Allah uji aku. dengan pelbagai dugaan. atau nak bolak balikkan hati aku. nak tengok. sejauh mana aku boleh tahan dengan situasi sekarang. aku tak nak kecewakan dia. aku masih sayang. dan insyaAllah. aku takkan berubah hati. dengan izin Allah. :) percaya pada takdir. dan doa sentiasa mengiringi. mudah mudahan. apa yang kita rancang sebelum nih akan terlaksana.
Apapun yang berlaku dalam hidup kita, tak kira dugaan tuh besar atau kecil. kita tetap hadapinya. Allah beri dugaan pada kita, sebab Dia tahu, kita mampu hadapinya. jadi, Allah beri dugaan pada aku sekarang, sebab Dia tahu. aku mampu hadapi benda nih. jangan risau. Allah ada. dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
InsyaAllah. selitkan nama ku dalam doamu, dan aku juga begitu. :)
masih sayang. :)
salam kenal..ni mesti terror masakkan??
ReplyDeletesbab slalu tgok chanel msakan :)
waalaikumsalam. :) alhamdulillah. takdelah terer sgt. tapi boleh laa kalau makan tuh. hehe. mmg suka tengok org masak kat tb. ^_^
Delete