Assalamualaikum.
Secara tiba-tiba macam nak update di tengah hari yang dingin nih plak. duduk kat rumah tak buat apa pun. semenjak menjak cuti sekolah bermula nih. dah nak naik sekolah pun. kehidupan aku sebagai seorang manusia adalah sama. bangun. masak. basuh baju. kemas rumah. bla bla bla. yaaa. ianya boleh juga diklasifikasikan sebagai menjadi seorang suri rumah yang belum bertangga (sebab belum kahwin) lebih kurang laa macam sepenuh masa. well, aku cuma buat yang aku boleh buat jeee. kadang, bila kena suruh baru buat. boleh laa diibaratkan seperti tanggungjawab seorang anak. hmmmmm. (nanti kata aku tak buat keje rumah pulak. -.-) prektis untuk menjadi seorang suri rumah tangga pada masa akan datang pun yee jugak. kah.
Kehidupan seperti itu kadangkala membosankan. seriusli. bila tugas aku semua dah selesai. aku nak buat apa lagi ? kadang baju bersih pun aku basuh. sebab tak tau nak buat apa kat rumah tuh. (bajek) online, twitterring, instagraming, wechat-ing, and blablabla tu haruslaa hampir setiap hari aku buat. itupun bosan jugak. sebab dah buat selalu. tp kalau takde, menggila pulak aku. -.- sekarang nih pun mesej, on the phone memang dah kurang. sebab si suami sudah mula keluar bekerja untuk mecari sesuap nasi. pffffts. =..= Alhamdulillah rezeki beliau ada di kilang Dyson. kah.
Cerita pasal mencari sesuap nasi a.k.a mencari pekerjaan nih. sebenarnya aku tak keje pun. how sadlife. T.T sebab tu aku kat rumah nih dah macam hape. tapi masih siuman lagi laa. tapi kalau dah lama sangat duduk rumah boleh meroyan aku. cehh, konon je dulu masa belum habis sekolah. cepatlah habis exam, cepatlah habis sekolah. tak nak pergi sekolah lagi. stadi ape semua. sekarang nih tau kau bosan? (pertanyaan ingkar) ternyata zaman sekolah laa yang menarik perhatian. sebab banyak aktiviti yang dibuat. kira bergerak aktif laa jugak. sekarang ni pun aku ada potensi untuk membesar dengan sihat secara mendadak. makan je keje. -.-
Kawan-kawan aku hampir semua dah dapat kerja. Alhamdulillah. takdelaa duk melangut kira anggur kat rumah jekan. ada jugak benda nak dibuat. paling-paling nanti gaji yang diorang dapat tuh boleh berbelanja untuk diri sendiri. tak de la nak menyusahkan mak bapak. dulu sekolah mintak duit mak bapak. takkan dah habis sekolah pun nak mintak diorang lagi kan. ada banyak lagi tanggungan yang diorang nak tanggung. kemain cakap. abeh aku ni tak keje menda. -.-
Sebenarnya, aku memang nak kerja. tapi masalah dia. transport. yeeee. ku akui. aku memang tak pandai pun nak bawak apa apa jenis kenderaan baik motor lagikan kereta. basikal tu pandai laa, tapi kat rumah pun basikal takda. dah rosak. (konon jee, bajet kalau rumah ada basikal nak ke engko g keje naik basikal ? puihh.) aku siap dah beriya dengan kawan sekelas aku dulu. Mimot (bukan nama sebenar) yang aku nak kerja. siap mintak dia riki kerja apa yang ada. kalau dapat nanti bagitau aku sekali. pahtu dah rezeki. dapat pulak dekat sebuah kedai handphone. ok laa kan daripada takda. gaji lebih kurang RM700 kot. boleh sangat.
Dia dah kerja kat sana dah pun. aku nih haaa. tak kerja pun. kesian Mimot. mesti dia membebel pasal aku. tak banyak sikit pun mesti ada. konon je yek yek nak keje. tapi tak interview pun. :3 sungguh aku kasihan dan serba salah pada Mimot. maaf Mimot. dah kau kena kerja sorang-sorang. aku boleh kalau ada transport. takkan aku nak suruh mak aku pegi anta balik keja pulak. mak aku pun ada keja lain nak buat kat rumah tuh. senang cerita tak nak susahkan dia laa.teringin jugak nak keja bawah orang. tapi apakan daya, rezeki itu tak memihak kepada aku. :') sebab tuh untuk bulan 12 yang masih bersisa ni, aku ambil keputusan nak pergi buat lesen kereta. senang nak bergerak. tak payah nak susahkan sesiapa lagi dah.
Penyudahnya, rezeki aku adalah bekerja dengan mak sendiri sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah pendalaman. susun cawan, bila budak nak beli makan kat kantin tolong jaga, lagi lagi waktu rehat dan sebagainya. ok laa daripada takda. -.- yang penting HALAL kan. :) aku nak duit je sekarang nih sebenarnya. susah kalau takda duit. nak beli apa-apa nanti susah. jadi kesimpulannya, bulan 1 nanti laa aku mula mencari sesuap nasi. cehhh.
Kepada raka-rakan yang sudah mula bekerja tuh. kerjalah dengan ikhlas niat kerana Allah. mana ada kerja yang tak penat kan. jadi teruskan dan selamat bekerja. lagi satu. yang penting kerja tuh mestilah Halal. :) InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita semua. kepada sesiapa yang belum ada kerja tuh. takpe. rezeki Allah ada di mana-mana. yang penting usaha mencari. takpu jadi suri rumah je macam aku. boleh tolong-tolong mak. ringankan beban mak abah. dapat jugak pahala. kih.
Rezeki Allah punya. usaha. doa. tawakal. :)
No comments:
Post a Comment